Events Calendar

Saturday 09 May 2020
  • In The Media
    09 May 2020 08:00am - 09 May 2020 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    WhatsApp Image 2020-05-09 at 18.24.22.jpeg

     

    KOTA SAMARAHAN, 9 Mei 2020: Kasih seorang ayah kepada anak, pasti tidak ada tandingannya, meskipun mempunyai kelemahan diri namun Pak Man, 46, sanggup datang sendiri untuk mengambil anaknya di kampus setelah lebih sebulan terkandas sepanjang PKP lepas.

    Berulang kali melafazkan tanda syukur, seorang bapa yang lebih senang dengan panggilan Pak Man gembira apabila melihat kelibat anaknya, Mohd Faizul, keluar merapatinya untuk dibawa pulang ke rumah mereka.

    Apa yang menyayat hati para barisan hadapan UNIMAS yang mengendali proses penghantaran pulang IPT Zon Sarawak ialah indahnya kasih sayang seorang bapa untuk anaknya. “Saya tidak mempunyai pengangkutan lain selain motosikal namun begitu saya bersyukur, anak saya telah kembali kepada keluarga.

    “Saya juga ingin mengucapkan rasa terima kasih kepada UNIMAS kerana menjaga anak saya dan pelajar lain sepanjang wabak ini melanda. Apapun, saya berharap, warga UNIMAS yang bertugas juga menjaga diri dengan baik semasa bertugas,” sambungnya lagi.

    Bagi Mohd Faizul, penuntut UNIMAS yang mengambil jurusan Kajian Hubungan Industri dan Perburuhan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan tahun 1 turut merasa syukur kerana dibenarkan pulang bertemu keluarga semula.

    “Apabila mendapat berita tersebut pada hari Khamis lepas, saya terus menghubungi ayah saya untuk memaklumkan kepada mereka,” katanya sambil berharap semua pelajar yang ...





  • In The Media
    28 April 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59am
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

    theimpactranking20201





  • In The Media
    09 May 2020 08:00am - 09 May 2020 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    WhatsApp Image 2020-05-09 at 17.21.29 (2).jpeg

     

    KOTA SAMARAHAN, 8 Mei 2020: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) hari ini membenarkan pergerakan ibubapa untuk menjemput sendiri anak (pelajar) yang terkandas sepanjang PKP dari kampus Universiti untuk kembali ke kediaman masing-masing, namun dengan pergerakan yang terbatas.
    Menurut kenyataan rasmi UNIMAS, ibubapa yang dibenarkan mengambil sendiri pelajar hanya terbatas untuk pelajar yang telah menerima borang kebenaran IPT dan diluluskan oleh PDRM sahaja terutama pelajar yang menetap di bahagian Kuching, Samarahan dan Serian.

    Ibubapa juga akan melalui pemeriksaan suhu badan di hadapan pintu masuk keselamatan UNIMAS dan hanya dibenarkan menunggu di dalam kenderaan sendiri sebelum mengambil pelajar dengan menggunakan kaedah pandu lalu (Drive-Thru ) sahaja. Jumlah pelajar yang diambil oleh ibubapa sendiri pada hari ini adalah seramai 73 orang. Manakala pelajar yang pulang menggunakan kenderaan sendiri ialah seramai 44 orang.

    Selain itu, pergerakan penghantaran pulang besar-besaran melibatkan 13 buah bas juga telah dilakukan hari ini melibatkan 216 orang pelajar IPT Zon Sarawak bermula dari DeTAR PUTRA UNIMAS. Bas-bas berkenaan menuju ke sebelas destinasi iaitu ke Sri Aman (9 orang), Dalat, Mukah, Matu / Daro (46), Tatau, Bintulu, Bekenu, Baram, Belaga (74) dan Miri (87).

    Pelajar-pelajar yang dibenarkan pulang menggunakan pengangkutan yang disediakan oleh UNIMAS atau diambil oleh ibubapa masing-masing ...





  • In The Media
    09 May 2020 08:00am - 09 May 2020 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    WhatsApp Image 2020-05-09 at 18.26.43 (2).jpeg

     

    KOTA SAMARAHAN, 9 Mei 2020: Kegembiraan terpancar diwajah ibubapa yang menanti anak-anak mereka pulang ke pangkuan setelah lebih satu bulan terkandas di dalam kampus UNIMAS sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lepas.

    UNIMAS kelmarin telah membenarkan ibubapa menggunakan pengangkutan sendiri untuk mengambil anak-anak mereka, namun pergerakan adalah terbatas dengan hanya dibenarkan menggunakan kaedah pandu lalu (Drive-Thru) di saat proses pengambilan dijalankan di DeTAR PUTRA UNIMAS.

    Antara pelajar yang pulang kelmarin, Audrey Steccy anak Douglas, dari Tebedu, tersenyum lega melihat ayahnya yang menunggu di dalam kereta dari jauh.

    WhatsApp Image 2020 05 09 at 18.26.19

    “Saya sangat gembira dan bersyukur kerana dapat pulang dan bertemu dengan keluarga di Tebedu. Terima kasih saya ucapkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan UNIMAS kerana membenarkan saya pulang ke rumah,” katanya yang merupakan penuntut Kejuruteraan Perisian, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.

    Nur Aliah Daud pula, penuntut tahun akhir Pengurusan Sumber Sains Tumbuhan dari Fakulti Sains dan Teknologi Sumber anak jati Kuching Sarawak mengatakan sebaik sahaja mendapat berita mengenai kebenaran untuk pulang, beliau dan rakan-rakan terus menghubungi keluarga dan mengemas barangan untuk dibawa bersama.

    WhatsApp Image 2020 05 09 at 18.26.43 1

    “Terima kasih kerana menjaga kami dengan amat baik sekali selama ini,” katanya yang tidak lekang dengan senyuman.

    ...





  • In The Media
    10 March 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Pengarah SQRC, YBhg Prof Dr Tarmiji Masron menerima cenderahati daripada YBhg Prof Dr Norman Mohd Saleh, Pro-Naib Cansel

     

    KOTA SAMARAHAN, 9 Mac 2020:  Seramai 13 orang staf dari Pejabat Strategi dan Pembangunan Korporat UKM yang diketuai oleh YBhg Prof Dr Norman Mohd Saleh, Pro-Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat) merangkap Pengarah Eksekutif Strategi-UKM telah membuat lawatan ke Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC). Lawatan penandaarasan ke SQRC ini adalah bagi tujuan perkongsian ilmu dan penambahbaikan terhadap proses kerja sistem sedia ada.

    Turut serta semasa lawatan adalah Prof Dr Zaidi Omar, Timbalan Pengarah Eksekutif I Strategi-UKM, Prof Madya Dr Wan Zawiah Wan Zin, Timbalan Pengarah Eksekutif Strategi-UKM, Prof Madya Dr Azlan Shah Zaidi, Timbalan Pengarah Eksekutif II Strategi-UKM, Encik Saidi Ismail, Ketua Penolong Pendaftar Kanan dan Ketua Pentadbiran Strategi-UKM, Puan Zaimi Makhtar, Penolong Pendaftar Kanan Strategi-UKM, Puan Nor Saribon Ramli, Penolong Pendaftar Strategi-UKM serta beberapa orang staf dari Pusat Teknologi Maklumat UKM.

    Rombongan turut berkesempatan berkunjung ke konti UNIMAS.fm dan YBhg Prof Dr Norman sempat ditemubual oleh DJ yang bertugas. Selain itu, rombongan juga sempat melawat Muzium Anatomi serta Pusat Simulasi Klinikal di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) sebelum berangkat pulang.

     

    Album Lawatan Pejabat Strategi dan Pembangunan Korporat UKM ke Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC)





  • In The Media
    09 May 2020 08:00am - 09 May 2020 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    WhatsApp Image 2020-05-09 at 17.22.42.jpeg

     

    WhatsApp Image 2020 05 09 at 17.22.41

    KOTA SAMARAHAN, 8 Mei 2020: Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi menyatakan permulaan Semester 2 Sesi 2019/2020 bagi pelajar UNIMAS yang dijangka bermula pada 9 Jun 2020 akan diteruskan menggunakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian.
    Beliau berkata penggunaan PdP adalah selaras dengan saranan dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebelum ini supaya kuliah secara dalam talian di Universiti Awam (UA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dijalankan bagi membendung penularan wabak Covid-19 di negara ini.

    “ Kita tidak membenarkan pelajar kembali ke kampus kecuali dengan alasan tertentu seperti ketiadaan akses internet untuk memulakan pengajian di kampung halaman,” katanya. Beliau berkata demikian semasa memberi ucapan ringkas kepada pelajar IPT Zon Sarawak yang dihantar pulang ke destinasi masing-masing bertempat di DeTAR PUTRA UNIMAS, pagi tadi.

    Naib Canselor menambah, PdP di UNIMAS akan menggunakan sistem eLEAP. Selain untuk pelaksanaan kuliah atas talian, sistem ini juga membolehkan pensyarah-pensyarah membekalkan kandungan-kandungan bahan pembelajaran dan merancang aktiviti PdP kepada pelajar masing-masing dari masa ke masa.

    Dalam ucapan sama, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi juga menasihati pelajar IPT Zon Sarawak yang pulang ke kampung halaman supaya terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti amalan penjarakan sosial serta pemakaian ...





Demo