Events Calendar

Download as iCal file
Ayah tunggang motosikal ambil anak kembali ke pangkuan keluarga
Saturday 09 May 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 4905
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2020-05-09 at 18.24.22.jpeg

KOTA SAMARAHAN, 9 Mei 2020: Kasih seorang ayah kepada anak, pasti tidak ada tandingannya, meskipun mempunyai kelemahan diri namun Pak Man, 46, sanggup datang sendiri untuk mengambil anaknya di kampus setelah lebih sebulan terkandas sepanjang PKP lepas.

Berulang kali melafazkan tanda syukur, seorang bapa yang lebih senang dengan panggilan Pak Man gembira apabila melihat kelibat anaknya, Mohd Faizul, keluar merapatinya untuk dibawa pulang ke rumah mereka.

Apa yang menyayat hati para barisan hadapan UNIMAS yang mengendali proses penghantaran pulang IPT Zon Sarawak ialah indahnya kasih sayang seorang bapa untuk anaknya. “Saya tidak mempunyai pengangkutan lain selain motosikal namun begitu saya bersyukur, anak saya telah kembali kepada keluarga.

“Saya juga ingin mengucapkan rasa terima kasih kepada UNIMAS kerana menjaga anak saya dan pelajar lain sepanjang wabak ini melanda. Apapun, saya berharap, warga UNIMAS yang bertugas juga menjaga diri dengan baik semasa bertugas,” sambungnya lagi.

Bagi Mohd Faizul, penuntut UNIMAS yang mengambil jurusan Kajian Hubungan Industri dan Perburuhan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan tahun 1 turut merasa syukur kerana dibenarkan pulang bertemu keluarga semula.

“Apabila mendapat berita tersebut pada hari Khamis lepas, saya terus menghubungi ayah saya untuk memaklumkan kepada mereka,” katanya sambil berharap semua pelajar yang masih tinggal di kampus, untuk terus mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Saya berharap rakan-rakan yang masih terkandas supaya bersabar dan saya mendoakan semoga segala urusan dipermudahkan dan dilancarkan. Cepat atau lambat, kerajaan pasti akan hantar pelajar pulang ke pangkuan keluarga masing-masing,”katanya lagi.

WhatsApp Image 2020 05 09 at 18.24.56

 
Attachment(s):
 
 
Demo