Events Calendar

Download as iCal file
Ibubapa dibenar ambil pelajar guna cara ‘Drive-Thru’
Saturday 09 May 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1550
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2020-05-09 at 17.21.29 (2).jpeg

KOTA SAMARAHAN, 8 Mei 2020: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) hari ini membenarkan pergerakan ibubapa untuk menjemput sendiri anak (pelajar) yang terkandas sepanjang PKP dari kampus Universiti untuk kembali ke kediaman masing-masing, namun dengan pergerakan yang terbatas.
Menurut kenyataan rasmi UNIMAS, ibubapa yang dibenarkan mengambil sendiri pelajar hanya terbatas untuk pelajar yang telah menerima borang kebenaran IPT dan diluluskan oleh PDRM sahaja terutama pelajar yang menetap di bahagian Kuching, Samarahan dan Serian.

Ibubapa juga akan melalui pemeriksaan suhu badan di hadapan pintu masuk keselamatan UNIMAS dan hanya dibenarkan menunggu di dalam kenderaan sendiri sebelum mengambil pelajar dengan menggunakan kaedah pandu lalu (Drive-Thru ) sahaja. Jumlah pelajar yang diambil oleh ibubapa sendiri pada hari ini adalah seramai 73 orang. Manakala pelajar yang pulang menggunakan kenderaan sendiri ialah seramai 44 orang.

Selain itu, pergerakan penghantaran pulang besar-besaran melibatkan 13 buah bas juga telah dilakukan hari ini melibatkan 216 orang pelajar IPT Zon Sarawak bermula dari DeTAR PUTRA UNIMAS. Bas-bas berkenaan menuju ke sebelas destinasi iaitu ke Sri Aman (9 orang), Dalat, Mukah, Matu / Daro (46), Tatau, Bintulu, Bekenu, Baram, Belaga (74) dan Miri (87).

Pelajar-pelajar yang dibenarkan pulang menggunakan pengangkutan yang disediakan oleh UNIMAS atau diambil oleh ibubapa masing-masing, bagaimanapun akan menjalani saringan kesihatan terlebih dahulu dan diberikan SMA Tracing Tag ( Wristband).

WhatsApp Image 2020 05 09 at 17.21.29 WhatsApp Image 2020 05 09 at 17.21.29 1 WhatsApp Image 2020 05 09 at 17.21.28

WhatsApp Image 2020 05 09 at 17.21.31  WhatsApp Image 2020 05 09 at 17.21.33  WhatsApp Image 2020 05 09 at 17.21.31 1

WhatsApp Image 2020 05 09 at 17.21.32 1  WhatsApp Image 2020 05 09 at 17.21.32  WhatsApp Image 2020 05 09 at 17.21.34

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo