Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS guna PdP untuk semester baru, elak pelajar masuk kampus
Saturday 09 May 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1412
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2020-05-09 at 17.22.42.jpeg

WhatsApp Image 2020 05 09 at 17.22.41

KOTA SAMARAHAN, 8 Mei 2020: Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi menyatakan permulaan Semester 2 Sesi 2019/2020 bagi pelajar UNIMAS yang dijangka bermula pada 9 Jun 2020 akan diteruskan menggunakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian.
Beliau berkata penggunaan PdP adalah selaras dengan saranan dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebelum ini supaya kuliah secara dalam talian di Universiti Awam (UA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dijalankan bagi membendung penularan wabak Covid-19 di negara ini.

“ Kita tidak membenarkan pelajar kembali ke kampus kecuali dengan alasan tertentu seperti ketiadaan akses internet untuk memulakan pengajian di kampung halaman,” katanya. Beliau berkata demikian semasa memberi ucapan ringkas kepada pelajar IPT Zon Sarawak yang dihantar pulang ke destinasi masing-masing bertempat di DeTAR PUTRA UNIMAS, pagi tadi.

Naib Canselor menambah, PdP di UNIMAS akan menggunakan sistem eLEAP. Selain untuk pelaksanaan kuliah atas talian, sistem ini juga membolehkan pensyarah-pensyarah membekalkan kandungan-kandungan bahan pembelajaran dan merancang aktiviti PdP kepada pelajar masing-masing dari masa ke masa.

Dalam ucapan sama, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi juga menasihati pelajar IPT Zon Sarawak yang pulang ke kampung halaman supaya terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti amalan penjarakan sosial serta pemakaian topeng mulut dan hidung. Beliau juga berharap para pelajar mengurangkan pergerakan di luar dan hanya keluar membeli barang keperluan yang diperlukan sahaja bagi mengurangkan kadar jangkitan Covid-19 di kalangan pelajar.

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo