Events Calendar

Thursday 08 October 2020
  • In The Media
    28 April 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59am
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

    theimpactranking20201





  • In The Media
    10 March 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Pengarah SQRC, YBhg Prof Dr Tarmiji Masron menerima cenderahati daripada YBhg Prof Dr Norman Mohd Saleh, Pro-Naib Cansel

     

    KOTA SAMARAHAN, 9 Mac 2020:  Seramai 13 orang staf dari Pejabat Strategi dan Pembangunan Korporat UKM yang diketuai oleh YBhg Prof Dr Norman Mohd Saleh, Pro-Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat) merangkap Pengarah Eksekutif Strategi-UKM telah membuat lawatan ke Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC). Lawatan penandaarasan ke SQRC ini adalah bagi tujuan perkongsian ilmu dan penambahbaikan terhadap proses kerja sistem sedia ada.

    Turut serta semasa lawatan adalah Prof Dr Zaidi Omar, Timbalan Pengarah Eksekutif I Strategi-UKM, Prof Madya Dr Wan Zawiah Wan Zin, Timbalan Pengarah Eksekutif Strategi-UKM, Prof Madya Dr Azlan Shah Zaidi, Timbalan Pengarah Eksekutif II Strategi-UKM, Encik Saidi Ismail, Ketua Penolong Pendaftar Kanan dan Ketua Pentadbiran Strategi-UKM, Puan Zaimi Makhtar, Penolong Pendaftar Kanan Strategi-UKM, Puan Nor Saribon Ramli, Penolong Pendaftar Strategi-UKM serta beberapa orang staf dari Pusat Teknologi Maklumat UKM.

    Rombongan turut berkesempatan berkunjung ke konti UNIMAS.fm dan YBhg Prof Dr Norman sempat ditemubual oleh DJ yang bertugas. Selain itu, rombongan juga sempat melawat Muzium Anatomi serta Pusat Simulasi Klinikal di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) sebelum berangkat pulang.

     

    Album Lawatan Pejabat Strategi dan Pembangunan Korporat UKM ke Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC)





  • In The Media
    08 October 2020 08:00am - 08 October 2020 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    press release 1.JPG

     

    KOTA SAMARAHAN, 8 Oktober 2020: Pendaftaran pelajar baharu dan lama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah berlangsung secara dalam talian bermula dari 29 September hingga 9 Oktober 2020.

    Seramai 3722 orang pelajar baharu dan 9483 pelajar lama dijangka akan mendaftar bagi Sesi Akademik 2020/2021.

    Langkah ini diambil susulan peningkatan kes COVID-19 dan sejajar dengan cadangan dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) agar semua Institut Pendidikan Tinggi (IPT) menangguhkan pendaftaran secara fizikal/bersemuka pelajar-pelajar baharu dan lama.

    Pendaftaran pelajar baharu UNIMAS boleh dibuat menerusi Sistem Pengurusan Pelajar yang dipautkan ke laman sesawang: https://estudent.unimas.my/eDaftar.

    Oleh demikian, pengajaran dan pembelajaran bagi semua pelajar di setiap fakulti di UNIMAS akan dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

    Dalam pada itu, menyedari kesukaran pelajar UNIMAS dalam memulakan pengajian dengan cara norma baharu, UNIMAS memaklumkan beberapa langkah akan diambil bagi membantu meringankan beban pelajar-pelajar yang terkesan antaranya:

    1. KPT Prihatin: Para pelajar yang terkesan dengan penangguhan pendaftaran secara fizikal/bersemuka di kampus boleh menghubungi syarikat penerbangan. Maklumat lanjut boleh layari http//www.malaysiaairlines.com/hq/en/student-waiver.html , customer_care@malindoair.com / 03-78415388, atau isi borang soal selidik yang disediakan oleh UNIMAS melalui https://rb.gy/efnzip .
    2. Bantuan UNIMAS Prihatin: Para pelajar prasiswazah baharu ...





Demo