Events Calendar

Download as iCal file
Pendaftaran pelajar UNIMAS secara talian berlangsung
Thursday 08 October 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1792
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
press release 1.JPG

KOTA SAMARAHAN, 8 Oktober 2020: Pendaftaran pelajar baharu dan lama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah berlangsung secara dalam talian bermula dari 29 September hingga 9 Oktober 2020.

Seramai 3722 orang pelajar baharu dan 9483 pelajar lama dijangka akan mendaftar bagi Sesi Akademik 2020/2021.

Langkah ini diambil susulan peningkatan kes COVID-19 dan sejajar dengan cadangan dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) agar semua Institut Pendidikan Tinggi (IPT) menangguhkan pendaftaran secara fizikal/bersemuka pelajar-pelajar baharu dan lama.

Pendaftaran pelajar baharu UNIMAS boleh dibuat menerusi Sistem Pengurusan Pelajar yang dipautkan ke laman sesawang: https://estudent.unimas.my/eDaftar.

Oleh demikian, pengajaran dan pembelajaran bagi semua pelajar di setiap fakulti di UNIMAS akan dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Dalam pada itu, menyedari kesukaran pelajar UNIMAS dalam memulakan pengajian dengan cara norma baharu, UNIMAS memaklumkan beberapa langkah akan diambil bagi membantu meringankan beban pelajar-pelajar yang terkesan antaranya:

  1. KPT Prihatin: Para pelajar yang terkesan dengan penangguhan pendaftaran secara fizikal/bersemuka di kampus boleh menghubungi syarikat penerbangan. Maklumat lanjut boleh layari http//www.malaysiaairlines.com/hq/en/student-waiver.html , This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / 03-78415388, atau isi borang soal selidik yang disediakan oleh UNIMAS melalui https://rb.gy/efnzip .
  2. Bantuan UNIMAS Prihatin: Para pelajar prasiswazah baharu yang telah berada di kampus adalah layak untuk menerima bantuan sebanyak RM100 dan kemudahan tempat tinggal (Kolej UNIMAS) percuma bagi bulan Oktober 2020. Sebarang pertanyaan berkaitan pergerakan balik ke kampus, sila hubungi, Pusat Khidmat Pelajar di talian 082-581921/082-581857/082-581858.
  3. Pelajar-pelajar UNIMAS yang mempunyai masalah dengan capaian internet dan memohon kebenaran untuk kembali ke kampus bagi menggunakan kemudahan internet UNIMAS, diminta untuk menghubungi Bahagian Pengajian Prasiswazah (BPPs) untuk mendapatkan kelulusan dari Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) di talian 082-581166 atau email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
  4. Bantuan B40 UNIMAS Prihatin : bagi pelajar-pelajar B40 yang dikenalpasti, UNIMAS akan menyediakan bantuan berupa pemberian data percuma sebanyak RM30 sebulan selama tiga (3) bulan, pemberian laptop dan wang RM100 (untuk kegunaan top up data) dan kebenaran balik ke kampus (atas pertimbangan dan kelulusan melalui TNC AA).

UNIMAS dengan ini mengambil maklum dan memahami kesulitan semua pihak yang terlibat dan berharap agar semua pihak memberi kerjasama sepanjang pengajian cara norma baharu ini berlangsung, sebagai usaha kita bersama membantu mengekang penularan COVID-19 di negara ini.

 UNIMAS GLOBAL

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo