Events Calendar

Thursday 14 May 2020
  • In The Media
    28 April 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59am
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

    theimpactranking20201





  • In The Media
    10 March 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Pengarah SQRC, YBhg Prof Dr Tarmiji Masron menerima cenderahati daripada YBhg Prof Dr Norman Mohd Saleh, Pro-Naib Cansel

     

    KOTA SAMARAHAN, 9 Mac 2020:  Seramai 13 orang staf dari Pejabat Strategi dan Pembangunan Korporat UKM yang diketuai oleh YBhg Prof Dr Norman Mohd Saleh, Pro-Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat) merangkap Pengarah Eksekutif Strategi-UKM telah membuat lawatan ke Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC). Lawatan penandaarasan ke SQRC ini adalah bagi tujuan perkongsian ilmu dan penambahbaikan terhadap proses kerja sistem sedia ada.

    Turut serta semasa lawatan adalah Prof Dr Zaidi Omar, Timbalan Pengarah Eksekutif I Strategi-UKM, Prof Madya Dr Wan Zawiah Wan Zin, Timbalan Pengarah Eksekutif Strategi-UKM, Prof Madya Dr Azlan Shah Zaidi, Timbalan Pengarah Eksekutif II Strategi-UKM, Encik Saidi Ismail, Ketua Penolong Pendaftar Kanan dan Ketua Pentadbiran Strategi-UKM, Puan Zaimi Makhtar, Penolong Pendaftar Kanan Strategi-UKM, Puan Nor Saribon Ramli, Penolong Pendaftar Strategi-UKM serta beberapa orang staf dari Pusat Teknologi Maklumat UKM.

    Rombongan turut berkesempatan berkunjung ke konti UNIMAS.fm dan YBhg Prof Dr Norman sempat ditemubual oleh DJ yang bertugas. Selain itu, rombongan juga sempat melawat Muzium Anatomi serta Pusat Simulasi Klinikal di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) sebelum berangkat pulang.

     

    Album Lawatan Pejabat Strategi dan Pembangunan Korporat UKM ke Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC)





  • In The Media
    14 May 2020 08:00am - 14 May 2020 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    WhatsApp Image 2020-05-14 at 08.49.43.jpeg

     

     

    KOTA SAMARAHAN, 14 Mei 2020: Seramai 429 orang pelajar dari IPT Zon Sarawak telah dihantar pulang menggunakan pengangkutan darat dan penerbangan pesawat dalam dua hari ini. Bagi pelajar yang dihantar pulang menggunakan pesawat pada hari kelmarin sahaja ialah seramai 332 pelajar iaitu melibatkan 166 pelajar ke destinasi Kuala Lumpur dan 166 pelajar menuju ke destinasi Kota Kinabalu, Sabah. Sementara itu, kelmarin, tiga buah bas dan satu buah van telah digunakan untuk membawa 57 orang pelajar menuju ke bahagian-bahagian dalam Sarawak kira-kira jam 12.00 tengahari. Antara destinasi berkenaan iaitu 20 pelajar ke destinasi Niah -Miri, destinasi Bintulu-Miri (15 pelajar), Betong-Sarikei dan Sibu (19 pelajar) dan Simunjan (3 pelajar). Manakala hari ini, seramai 40 orang pelajar melibatkan 19 pelajar UNIMAS dan 21 pelajar IPTS telah dihantar pulang menuju ke destinasi Labuan. Sebelum dibenarkan menyertai proses penghantaran pulang, para pelajar dikehendaki untuk menjalani saringan kesihatan terlebih dahulu dan kemudiannya dikumpulkan di ruangan khas yang telah disediakan termasuk semua beg-beg yang dibawa telah disanitasikan di dalam DeTAR PUTRA, UNIMAS mengikut tatacara SOP yang diwajibkan. Bas-bas dan pesawat-pesawat yang dinaiki para pelajar turut disanitasi terlebih dahulu manakala perjalanan pelajar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching turut diiringi oleh anggota Polis DiRaja Malaysia. Hadir untuk ...





  • In The Media
    14 May 2020 08:00am - 14 May 2020 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    rsz_covid_26_20200513_tyco2753.jpg

     

    UNIMAS 13 Mei 2020, Seramai 389 pelajar telah dihantar pulang hari ini menggunakan pengangkutan udara dan darat iaitu 166 pelajar pulang ke Kuala Lumpur dan 166 pelajar ke Kota Kinabalu . Manakala 57 pelajar pulang ke daerah-daerah dalam Sarawak seperti Simunjan, Betong, Sarikei, Sibu, Niah dan Miri. Pelajar- pelajar ini adalah terdiri daripada UNIMAS sendiri dan IPT yang lain.

    Selain itu, seramai 160 pelajar dari Kota Bahru  sampai di Lapangan Terbang Kuching Semalam pada jam 13.55 petang diikuti dari Kota Kinabalu seramai 117 pelajar yang tiba jam 1730 petang. 

    covid 8 20200513 TYCO2673

    covid 22 20200513 TYCO2713 1

    covid 23 20200513 TYCO2725

    covid 28 20200513 TYCO2763

    covid 35 20200513 TYCO2785

    UNIMAS GLOBAL





  • In The Media
    14 May 2020 08:00am - 14 May 2020 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    WhatsApp Image 2020-05-14 at 08.49.43.jpeg

     

    Kota Samarahan, 14 Mei 2020: Seramai 40 pelajar UNIMAS dan IPT lain telah dihantar pulang ke Labuan menggunakan pesawat Malaysia Airlines hari ini. Sejumlah 19 orang pelajar adalah dari UNIMAS sendiri dan selebihnya daripada IPT di Kuching. Selain itu,  satu penerbangan  sahaja daripada Kuala Lumpur  turut membawa 166 pelajar IPTS ke Kuching yang telah tiba pada jam 1100 pagi tadi.

    WhatsApp Image 2020 05 14 at 08.49.43 1

    WhatsApp Image 2020 05 14 at 08.49.43 2

    WhatsApp Image 2020 05 14 at 08.49.43 3

    WhatsApp Image 2020 05 14 at 08.49.43 3

    WhatsApp Image 2020 05 14 at 09.48.31 2

    WhatsApp Image 2020 05 14 at 09.48.31 1

    WhatsApp Image 2020 05 14 at 09.48.31 3

    UNIMAS GLOBAL

     





Demo