Events Calendar

Download as iCal file
Penghantaran pelajar pulang diteruskan dengan 429 lagi telah selamat sampai ke destinasi
Thursday 14 May 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1154
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2020-05-14 at 08.49.43.jpeg

 

KOTA SAMARAHAN, 14 Mei 2020: Seramai 429 orang pelajar dari IPT Zon Sarawak telah dihantar pulang menggunakan pengangkutan darat dan penerbangan pesawat dalam dua hari ini. Bagi pelajar yang dihantar pulang menggunakan pesawat pada hari kelmarin sahaja ialah seramai 332 pelajar iaitu melibatkan 166 pelajar ke destinasi Kuala Lumpur dan 166 pelajar menuju ke destinasi Kota Kinabalu, Sabah. Sementara itu, kelmarin, tiga buah bas dan satu buah van telah digunakan untuk membawa 57 orang pelajar menuju ke bahagian-bahagian dalam Sarawak kira-kira jam 12.00 tengahari. Antara destinasi berkenaan iaitu 20 pelajar ke destinasi Niah -Miri, destinasi Bintulu-Miri (15 pelajar), Betong-Sarikei dan Sibu (19 pelajar) dan Simunjan (3 pelajar). Manakala hari ini, seramai 40 orang pelajar melibatkan 19 pelajar UNIMAS dan 21 pelajar IPTS telah dihantar pulang menuju ke destinasi Labuan. Sebelum dibenarkan menyertai proses penghantaran pulang, para pelajar dikehendaki untuk menjalani saringan kesihatan terlebih dahulu dan kemudiannya dikumpulkan di ruangan khas yang telah disediakan termasuk semua beg-beg yang dibawa telah disanitasikan di dalam DeTAR PUTRA, UNIMAS mengikut tatacara SOP yang diwajibkan. Bas-bas dan pesawat-pesawat yang dinaiki para pelajar turut disanitasi terlebih dahulu manakala perjalanan pelajar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching turut diiringi oleh anggota Polis DiRaja Malaysia. Hadir untuk melihat pelepasan pergerakan pelajar hari ini ialah Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr Kamarudin Kana, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit serta Prof Datu Mohd Fadzil bin Abd Rahman.covid 9 20200513 TYCO2675

WhatsApp Image 2020 05 14 at 08.49.43 1

WhatsApp Image 2020 05 14 at 08.49.43 2

WhatsApp Image 2020 05 14 at 08.49.43 3

WhatsApp Image 2020 05 14 at 09.48.31 1

WhatsApp Image 2020 05 14 at 09.48.31 3

WhatsApp Image 2020 05 14 at 09.48.31 2

 
Attachment(s):
 
 
Demo