Events Calendar

Thursday 31 October 2019
  • In The Media
    31 October 2019 08:00am - 31 October 2019 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Convomain.jpg

     

    convo3convo1convo5convo6convo4convo2

    convo7convo8convo9

    convo13convo10convo11

    Kota Samarahan, 31 Oktober 2019: Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Ke-23 telah berlangsung selama tiga hari dalam lima sidang bermula 28 Oktober hingga 30 Oktober bertempat di DeTAR PUTRA UNIMAS.

    Pengisytiharan majlis konvokesyen ke-23 telah disempurnakan oleh Canselor UNIMAS, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada hari pertama sidang berlangsung.

    Dalam majlis tersebut, TYT Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud telah menyampaikan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) kepada 56 graduan manakala peringkat Sarjana seramai 428 graduan.

    Pada sidang pertama ini juga menyaksikan penyampaian anugerah-anugerah khas iaitu Anugerah Pelajaran DiRaja kategori Bumiputera yang dianugerahkan kepada Nur Hanisash Basuan dari Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS), Anugerah Pelajaran DiRaja kategori Bukan Bumiputera dianugerahkan kepada Shervin Leong Weng Bee dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP), Anugerah Canselor kepada Kelvin Juing anak Tinggom dari Fakulti Kejuruteraan (FK) dan Anugerah Pro Canselor kepada Muhammad Haziq bin Roslan dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM).

    Secara keseluruhan, jumlah graduan kali ini yang akan memperolehi ijazah masing-masing dalam pelbagai peringkat pengajian dari Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda adalah seramai 4038 orang dalam lima sidang bertempat di ...





  • In The Media
    24 October 2019 08:00am - 31 December 2019 12:00am
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    gold.jpg

     

    KOTA SAMARAHAN, 24 Oktober 2019 : Tahniah buat Projek SPeeD MyMoheS atas kejayaan merangkul Emas dalam Kategori Terbuka sempena Sarawak Invention, Innovation and Design Expo 2019 (SIIDEx2019) pada 21 - 23 di Pusat Konvensyen CIDB Sarawak. Sebanyak 4 kategori dipertandingkan pada expo berkenaan.

    SPeeD MyMoheS merupakan sistem yang dibangunkan bersama di antara Pusat Pembangunan dan Khidmat Teknologi Maklumat (CITDS) dan Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC). Fungsi sistem ini adalah untuk menyemak kesempurnaan dan kualiti data semasa universiti.

    Terima kasih juga kepada semua pemunya data, pembangun sistem dan PTj yang terlibat atas sokongan semua dalam menggunakan SPeeD MyMoheS. Kejayaan ini adalah kejayaan untuk kita semua.

    Projek SPeeD MyMoheS diwakili oleh En Adam Francis dari CITDS, En Mohd Hairulnizam Mohd Zamri, Pn Dayang Mazina Awang Batu, En Gustinata Basuan, Cik Siti Afizah Jamil masing-masing dari SQRC.





Demo