Events Calendar

Wednesday 30 October 2019
  • In The Media
    24 October 2019 08:00am - 31 December 2019 12:00am
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    gold.jpg

     

    KOTA SAMARAHAN, 24 Oktober 2019 : Tahniah buat Projek SPeeD MyMoheS atas kejayaan merangkul Emas dalam Kategori Terbuka sempena Sarawak Invention, Innovation and Design Expo 2019 (SIIDEx2019) pada 21 - 23 di Pusat Konvensyen CIDB Sarawak. Sebanyak 4 kategori dipertandingkan pada expo berkenaan.

    SPeeD MyMoheS merupakan sistem yang dibangunkan bersama di antara Pusat Pembangunan dan Khidmat Teknologi Maklumat (CITDS) dan Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC). Fungsi sistem ini adalah untuk menyemak kesempurnaan dan kualiti data semasa universiti.

    Terima kasih juga kepada semua pemunya data, pembangun sistem dan PTj yang terlibat atas sokongan semua dalam menggunakan SPeeD MyMoheS. Kejayaan ini adalah kejayaan untuk kita semua.

    Projek SPeeD MyMoheS diwakili oleh En Adam Francis dari CITDS, En Mohd Hairulnizam Mohd Zamri, Pn Dayang Mazina Awang Batu, En Gustinata Basuan, Cik Siti Afizah Jamil masing-masing dari SQRC.





  • In The Media
    30 October 2019 02:00pm - 30 October 2019 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    konvo tua 4.jpg

     

    konvo tua2Konvo tua1

    Konvotua5

    KOTA SAMARAHAN, 30 Oktober 2019: Sidang pertama Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-23 pada 28 Oktober lepas mencipta sejarah tersendiri apabila dua orang graduan yang diraikan pada pembuka sidang konvokesyen itu merupakan graduan ‘tertua’ yang belum pernah dilahirkan oleh Universiti ini.

    Dua graduan tersebut merupakan penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) iaitu Yap Yin@Kee Kong berusia 74 tahun dan Datuk Lau Pang Heng berusia 67 tahun, kedua-duanya merupakan graduan dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UNIMAS.

    Yap Yin telah menjalankan penyelidikan tentang ‘National Unity and Integration’ manakala Datuk Lau menjalankan penyelidikan bertajuk ‘Community Policing and Crime Prevention in Kuching, Sarawak’.

    Yap Yin semasa ditemui selepas sidang pertama mengucapkan rasa syukur kerana diberi kesihatan baik hingga memudahkan beliau menghabiskan pengajian PhD di Universiti ini.

    “ Saya menamatkan pengajian terakhir hampir 50 tahun lalu di sebuah Universiti di Scotland pada tahun 1970-an dan cadangan untuk memulakan penyelidikan di UNIMAS adalah pada tahun 2003.

    “ Jika saya terlalu memikirkan batasan usia, sudah tentu 50 lepas saya sudah berhenti belajar. Tetapi saya bersyukur kerana diberi kesihatan baik sehingga dapat berdiri di pentas konvokesyen sekali lagi dan membuktikan bahawa usia bukan halangan untuk berjaya dalam ...





Demo