Events Calendar

01 December 2022 - 01 December 2024
  • Community Engagement
    20 July 2023 08:00am - 20 July 2023 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    orig_64b87da341f553.96054937.jpeg

     

    ENGKILILI: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah me ngadakan Program 'Ngap Sayor Towards Sustainable Vegetable Gardening Using Mobile Application' di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engkilili di sini, baru-baru ini.

    Program yang dikendali oleh Fakulti Sains Komputer dan Teknologi dari universiti berkenaan itu telah pun melibatkan kehadiran seramai enam guru serta 20 pelajar yang dipilih dari kelas Tingkatan 4 dan 5 sekolah itu.

    Siaran media semalam memberitahu, program yang mendapat kerjasama penganjuran daripada pihak SMK Engkilili itu dijayakan oleh Dr Noor Alamshah Bolhassan dan Syahrul Nizam Junaini.

    "Untuk pengetahuan, program ini telah dilaksana di bawah Dana Lestari UNIMAS dan dimulai dengan sesi 'ice breaking' sebelum disusuli dengan sesi sumbang saran dan 'ideation' Reka Bentuk Permainan Mudah Alih.

    "Melalui sesi ini, semua pela jar telah dibahagikan kepada empat kumpulan dan diminta mengadakan perbincangan sebelum membuat pemben- tangan tentang idea kumpulan masing-masing," katanya.

    Katanya, selepas selesai pembentangan idea, kesemua pelajar telah menyertai ujian permainan mudah alih dengan bertindak memuat turun aplikasi Ngap Sayor melalui Google Store ke dalam telefon pintar masing-masing.

    Aplikasi Ngap Sayor yang dibangunkan oleh pihak UNIMAS dan dilengkapi dengan teknologi Augmented Reality (AR) dan telah dicuba oleh pelajar pada sesi itu.

    "Pembelajaran berasaskan permainan ...





  • Community Engagement
    03 July 2023 08:00am - 03 July 2023 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

    Santubong, Sarawak, 18 Jun 2023: Slogan ‘’From Faculty to Community’’ yang dilaungkan oleh Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia (FSKPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah berjaya direalisasikan melalui program University Social Responsibility (USR) pada 18 Jun 2023 di Pantai Puteri, Santubong. Projek USR ini diketuai oleh Pn Ross Azura Zahit bersama 37 orang pelajar Tahun Dua dari Program Psikologi, dengan kerjasama Andong Beach Homestay & Campground. Program ini telah diikuti oleh seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja dalam lingkungan umur 9 hingga 17 tahun. Inisiatif dan usaha yang bertemakan “Pemindahan Ilmu dan Pembersihan Pantai Demi Kelestarian Fisiologi Komuniti” adalah bertujuan untuk menyumbang khidmat bakti kepada komuniti Pantai Puteri dengan memberi pendedahan dan pemahaman realiti melalui “transfer of knowledge” tentang kesan pencemaran alam sekitar terhadap fisiologi manusia.

    Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini adalah permainan yang menguji deria asas manusia, senaman ringan dan aktiviti plogging di kawasan sekitar Pantai Puteri Kampung Santubong. Pengisian program ini adalah bagi memberi pendedahan tentang deria asas manusia melalui permainan. Permainan ini menguji deria penglihatan, pendengaran rasa, sentuhan dan bau para peserta. Aktiviti plogging yang dilaksanakan juga mendidik peserta berkaitan impak positif kepada fisiologi manusia dari segi emosi, fikiran dan tingkahlaku. Ibu bapa kepada peserta juga berpuas hati dengan program yang telah dilaksanakan. ‘’Anak saya amat suka dengan program ...





  • Community Engagement
    10 June 2023 08:00am - 11 June 2023 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

    Balai Ringin, Serian, 10-11 June 2023: A group of 32 undergraduate students with one postgraduate student from the Department of Chemical Engineering and Energy Sustainability, Faculty of Engineering, UNIMAS have successfully organised Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM) volunteerism programme at Rumah Panjang Milly anak Nata, Kampung Sebangkoi Jaya, Jalan Simunjan, Balai Ringin, Serian on the 10th and 11th June 2023. The programme was headed by Ms Ester ak Jose Jol, 3rd year student from Chemical Engineering programme and supervised by Dr Nazeri Abdul Rahman from the same department. The programme was conducted in collaboration with St. Basil’s Anglican Church Batu Kawa, Kuching, in which aim to promote STEM related education among primary and secondary students in rural area. In this program, STEM activities focuses on hands-on practical learning in order to develop the necessary skills prior to embark their STEM education in the future. This one and a half -day program was also aimed to introduce the participating chemical engineering students to the local community’s culture particularly the Iban community at Kampung Sebangkoi Jaya. The organiser hope that this programme is able to develop a closer tie between the rural community and ...





  • Community Engagement
    15 March 2023 08:00am - 15 March 2023 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

    Program Service Learning Malaysia - University for Society (SULAM) telah dilaksanakan oleh kumpulan pelajar Tahun Tiga Program Sains Kognitif, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Sumber Manusia (FSKPM), UNIMAS selama 14 minggu yang bertemakan “Kelestarian Pengurusan Ergonomik” untuk Semester 1 2022/2023.

    Inisiatif program ini adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran dan pengetahuan kelestarian pengurusan ergonomik khususnya di tempat kerja di kalangan komuniti yang terpilih kali ini. Seramai 83 orang pelajar Program Sains Kognitif, FSKPM dan 10 komuniti tempatan terpilih daripada industri di sekitar Samarahan dan Kuching telah terlibat dalam program SULAM kali ini. Secara keseluruhannya, seramai lebih 100 orang dari 10 komuniti ini dijangka menerima manfaat daripada program ini. Antara komuniti tempatan yang terlibat adalah CIMB Bank Bhd Kuching Branch, Full Premier Enterprise (Unijaya Management Office) Kota Samarahan, Think Big Training KotaSamarahan, Data Solutions Sarawak Sdn. Bhd., Sarawak Manufacturers' Association, Perpustakaan Awam Majlis Perbandaran Kota Samarahan, Balai Bomba Kota Samarahan, Kuching Bodhi Counselling Centre, Perpustakaan Desa Taman Samarindah Kota Samarahan dan Maria Travel & Tours Sdn Bhd.

    Program yang bertemakan “Kelestarian Pengurusan Ergonomik” ini telah berjaya melibatkan 10 agensi dalam pelbagai aktiviti melalui program SULAM ini antaranya ialah Ceramah Kesedaran Ergonomik di Tempat Kerja, Penilaian Pengurusan Ergonomik di Tempat kerja ...





  • Community Engagement
    21 January 2023 08:00am - 21 January 2023 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

    1

    Kuching, 21 Januari 2023: Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Sustainabiliti Tenaga, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sarawak telah menjalankan projek komuniti di asrama pelajar, Madrasah Al-Khairat yang terletak di Kuching. Projek ini merupakan projek ketiga SULAM Kejuruteraan Kimia yang diselia oleh Pusat Kelestarian Universiti, Universiti Malaysia Sarawak. Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk membantu komuniti madarsah dalam melengkapkan kemudahan dan prasarana asrama pelajar bagi meningkatkan kualiti rutin harian dan keselesaan pelajar-pelajar di asrama. Tempat ini dipilih berdasarkan latarbelakang sosio-ekonomi madrasah yang memerlukan bantuan pihak-pihak luar bagi membantu membaik pulih dan menambah kemudahan pelajar di asrama.

    Projek ini dijalankan dibawah kursus KNC1041 Amalan Bengkel yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar Tahun 2 Kejuruteraan Kimia seramai 45 orang pelajar. Projek ini diketui oleh Penyelaras Kursus Amalan Bengkel, Mohamed Afizal Mohamed Amin dan dibantu oleh pensyarah kursus Harunal Rejan Ramji danMohd Farid Atan beserta staf-staf teknikal yang terdiri daripada Mohd Hafiz Mafadi, Kamri Mohamed, Mohammad Amirul Nizam Amit dan Mohamad Tajudin Unus

    Antara produk-produk yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar Tahun 1 dan 2 adalah penyangkut baju di ampaian, rak besi dinding dan rak penyangkut pakaian dengan saiz yang berbeza mengikut kehendak komuniti. Semua produk-produk ini dihasilkan dalam masa dua bulan dan penyerahan produk-produk ini telah ...





  • Community Engagement
    19 January 2023 08:00am - 19 January 2023 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

    2

    Lundu, 19 Januari 2023: Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Sustainabiliti Tenaga, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sarawak telah menjalankan projek komuniti di perpustakaan mini Kampung Meriyu yang terletak di Kota Samarahan. Projek ini merupakan projek ketiga SULAM Kejuruteraan Kimia yang diselia oleh Pusat Kelestarian Universiti, Universiti Malaysia Sarawak. Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk membantu komuniti dalam melengkapkan kemudahan dan prasarana kampung bagi meningkatkan minat penduduk untuk membaca buku-buku terpakai yang telah disumbang oleh perpustakaan UNIMAS. Kampung ini dipilih berdasarkan latarbelakang sosio-ekonomi komuniti tersebut yang antaranya terdiri daripada golongan B40.

    Projek ini dijalankan dibawah kursus KNC1041 Amalan Bengkel yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar Tahun 2 Kejuruteraan Kimia seramai 33 orang pelajar. Projek ini diketui oleh Penyelaras Kursus Amalan Bengkel, Mohamed Afizal Mohamed Amin dan dibantu oleh pensyarah kursus Harunal Rejan Ramji danMohd Farid Atan beserta staf-staf teknikal yang terdiri daripada Mohd Hafiz Mafadi, Kamri Mohamed, Mohammad Amirul Nizam Amit dan Mohamad Tajudin Unus.

    Antara produk yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar Tahun 2 adalah rak-rak buku beroda yang diperbuat daripada kayu dengan saiz yang berbeza mengikut kehendak komuniti. Semua produk-produk ini dihasilkan dalam masa dua bulan dan penyerahan produk-produk ini telah diserahkan secara rasmi kepada Ketua Kampung Meriyu, Tuan Raya bin Pawi ...





  • Community Engagement
    07 January 2023 08:00am - 07 January 2023 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

    PROJEK SULAM ANTARABANGSA DALAM TALIAN BUKAN PENGHALANG KOLABORASI ANTARA DUA NEGARA

    Oleh Noorhaslina Senin

    1

    Sesi Pembentangan Akhir Projek eSULAM Antarabangsa antara FSGK,UNIMAS dengan pihak Universitas Udayana (UNUD) dan Desa Adat Kelan, Bali Indonesia.

    9 Januari 2023 – Projek eSULAM Antarabangsa dilaksanakan buat pertama kalinya di bawah di bawah Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), UNIMAS. Ia merupakan kolaborasi antara Program Teknologi Seni Reka (FSGK,UNIMAS) , Program Studi Arsitektur, Fakultas Teknik, Universitas Udayana (UNUD) dan Desa Adat Kelan, Bali, Indonesia.

    Projek eSULAM antarabangsa turut disokong oleh Pusat Kelestarian Universiti (USC, UNIMAS) dan UNIMAS Global (UG) dan ia merupakan salah satu inisiatif pengantarabangsaan universiti melalui khidmat komuniti. eSULAM ialah kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) berasaskan SULAM (Service Learning Malaysia) yang dijalankan secara dalam talian dan untuk projek ini hanya aspek khidmat komuniti sahaja dijalankan secara atas talian.

    13 orang mahasiswa UNIMAS, 10 mahasiswa UNUD, 1 pensyarah UNIMAS, 1 pensyarah UNUD dan 1 wakil komuniti Adat Kelan telah bekerjasama dalam tempoh empat bulan untuk projek mempromosikan Desa Adat Kelan sebagai kawasan pelacongan.

    Tidak pernah menjejakkan kaki ke Bali dan Desa Adat Kelan merupakan cabaran utama bagi mahasiswa UNIMAS. Namun, mereka mendapat bimbingan daripada mahasiswa yang pernah ...





  • Community Engagement
    07 January 2023 08:00am - 07 January 2023 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

    PROJEK SULAM FSGK UNIMAS BANTU MEMPROMOSIKAN KAMPUNG MERIYU

    oleh Yow Chong Lee, Aliffazraie Jali

    FSGK1

    Pelajar Program Teknologi Seni Reka, Program Seni Halus, Program Sinema dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), UNIMAS bersama komuniti Kampung Meriyu, Lundu

    7 JANUARI 2023 - Setelah empat bulan menjalinkan hubungan kerjasama antara Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (FSGK, UNIMAS) dengan komuniti Kampung Meriyu, Lundu, projek SULAM FSGK akhirnya membuahkan hasil yang memberangsangkan.

    Projek komuniti-universiti yang diterajui oleh Pusat Kelestarian Universiti (USC, UNIMAS) merupakan antara usaha UNIMAS untuk menyahut inisiatif mengadakan khidmat komuniti yang melibatkan pelajar berinteraksi dengan komuniti bagi menyelesaikan permasalahan setempat.  Projek khidmat komuniti ini juga dikenali dengan akronimnya, SULAM (Service Learning Malaysia).

    Projek ini melibatkan 3 program pengajian iaitu Program Teknologi Seni Reka, Program Seni Halus dan Program Sinematografi dan ia melibatkan seramai 120 pelajar dan 7 pensyarah.

    Sejak September 2022, para mahasiswa dan komuniti kampung telah berjumpa beberapa kali untuk membincangkan hasil-hasil seni yang mampu membawakan manfaat bersama antara Kampung Meriyu dan mahasiswa yang sedang menjalani pengajian tahun akhir mereka di FSGK UNIMAS.

    Hasil dari kerjasama projek SULAM ini ialah karya seni berbentuk penghasilan arca, rekaan logo baharu kampung ...





  • Community Engagement
    07 December 2022 08:00am - 07 December 2022 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

    University Social Responsibility (USR) Project

    Outdoor Sketching Activity and River Clean Up

    Date: Wednesday, 7 December 2022

    Time: 7.30am-5 pm

    Venue : Annah Rais Hotspring and Annah Rais Long House

    Project Leader

    Noorhaslina Senin

    Team Members

    Sylvester Wielding Jussem

    Dr Mohd Najib Abdullah Sani

    Azwan Abidin

    Mohamad Faizwan Mat

    Event Supported by

    University Sustainability Centre (USC)

    Sarawak Artist Society

    Sarawak International Art Camp 2022

    No. of Students : 

    35 Design Technology Students 

    Project Synopsis

    River Clean-up Activity with Community of Annah Rais is an effort by lecturers and first-year students (Design Technology) from the Faculty of Applied and Creative Arts to contribute towards the community. This activity cultivates a responsible designer mentality among students about the surrounding environment and community. The activity was conducted as part of the GKT1014 Elements and Principles of Design course, where students participated in outdoor sketching and river clean-up activity at Annah Rais Hot Spring. In addition to the Outdoor Sketching Activity and River Cleanup, the students had the opportunity to participate in Art Jam Session organized and sponsored by the Sarawak Artist Society in conjunction ...





Demo