Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS adakan Program Ngap Sayor
Thursday 20 July 2023, 08:00am - 05:00pm
Hits : 765
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
orig_64b87da341f553.96054937.jpeg

ENGKILILI: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah me ngadakan Program 'Ngap Sayor Towards Sustainable Vegetable Gardening Using Mobile Application' di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engkilili di sini, baru-baru ini.

Program yang dikendali oleh Fakulti Sains Komputer dan Teknologi dari universiti berkenaan itu telah pun melibatkan kehadiran seramai enam guru serta 20 pelajar yang dipilih dari kelas Tingkatan 4 dan 5 sekolah itu.

Siaran media semalam memberitahu, program yang mendapat kerjasama penganjuran daripada pihak SMK Engkilili itu dijayakan oleh Dr Noor Alamshah Bolhassan dan Syahrul Nizam Junaini.

"Untuk pengetahuan, program ini telah dilaksana di bawah Dana Lestari UNIMAS dan dimulai dengan sesi 'ice breaking' sebelum disusuli dengan sesi sumbang saran dan 'ideation' Reka Bentuk Permainan Mudah Alih.

"Melalui sesi ini, semua pela jar telah dibahagikan kepada empat kumpulan dan diminta mengadakan perbincangan sebelum membuat pemben- tangan tentang idea kumpulan masing-masing," katanya.

Katanya, selepas selesai pembentangan idea, kesemua pelajar telah menyertai ujian permainan mudah alih dengan bertindak memuat turun aplikasi Ngap Sayor melalui Google Store ke dalam telefon pintar masing-masing.

Aplikasi Ngap Sayor yang dibangunkan oleh pihak UNIMAS dan dilengkapi dengan teknologi Augmented Reality (AR) dan telah dicuba oleh pelajar pada sesi itu.

"Pembelajaran berasaskan permainan atau 'gamification' mampu meningkatkan keupayaan dan kreativiti para pelajar dalam menjana idea dan memupuk sikap kerjasama dalam kumpulan.

"Justeru, dengan adanya pelaksanaan program ini, maka para pelajar bolehlah menggunakan pengalaman dan pengetahuan baharu mereka pada masa akan datang sambil berkongsi ilmu itu bersama rakan-rakan," katanya.

Turut diadakan ialah lawatan ke tapak fertigasi pertanian di sekolah berkenaan melibatkan dua pensyarah serta para pelajar.

Sumber: Utusan Borneo, 11 Jul 2023

Catatan: Program ini adalah salah satu aktiviti di bawah Projek Dana Lestari UNIMAS bertajuk NgapSayIOT: GAMIFICATION APPROACH TOWARDS SUSTAINABLE VEGETABLE GARDENING USING INTERNET OF THINGS (IOT), yang dijajarkan kepada Matlamat Pembangunan Mampan SDG 2: Kelaparan Sifar dan SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan.

 
Attachment(s):
 
 
Demo