Events Calendar

Download as iCal file
PROGRAM USR FSKPM - PEMINDAHAN ILMU DAN PEMBERSIHAN PANTAI BERSAMA KOMUNITI PANTAI PUTERI, SANTUBONG
Monday 03 July 2023, 08:00am - 05:00pm
Hits : 848
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Santubong, Sarawak, 18 Jun 2023: Slogan ‘’From Faculty to Community’’ yang dilaungkan oleh Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia (FSKPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah berjaya direalisasikan melalui program University Social Responsibility (USR) pada 18 Jun 2023 di Pantai Puteri, Santubong. Projek USR ini diketuai oleh Pn Ross Azura Zahit bersama 37 orang pelajar Tahun Dua dari Program Psikologi, dengan kerjasama Andong Beach Homestay & Campground. Program ini telah diikuti oleh seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja dalam lingkungan umur 9 hingga 17 tahun. Inisiatif dan usaha yang bertemakan “Pemindahan Ilmu dan Pembersihan Pantai Demi Kelestarian Fisiologi Komuniti” adalah bertujuan untuk menyumbang khidmat bakti kepada komuniti Pantai Puteri dengan memberi pendedahan dan pemahaman realiti melalui “transfer of knowledge” tentang kesan pencemaran alam sekitar terhadap fisiologi manusia.

Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini adalah permainan yang menguji deria asas manusia, senaman ringan dan aktiviti plogging di kawasan sekitar Pantai Puteri Kampung Santubong. Pengisian program ini adalah bagi memberi pendedahan tentang deria asas manusia melalui permainan. Permainan ini menguji deria penglihatan, pendengaran rasa, sentuhan dan bau para peserta. Aktiviti plogging yang dilaksanakan juga mendidik peserta berkaitan impak positif kepada fisiologi manusia dari segi emosi, fikiran dan tingkahlaku. Ibu bapa kepada peserta juga berpuas hati dengan program yang telah dilaksanakan. ‘’Anak saya amat suka dengan program yang dilaksanakan kerana dia dapat beriadah bersama kawan-kawannya, dan juga mempelajari pelbagai perkara baru dari abang-abang dan kakak-kakak UNIMAS. Malah, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah,’’ kata ibu kepada salah seorang peserta yang hadir.

Program libat sama komuniti ini bukan sahaja dapat berkongsi ilmu dan kemahiran dari pelajar FSKPM, malah ia dapat mengenengahkan fungsi penting UNIMAS dalam menawarkan
kepakaran ahli akademik UNIMAS dalam memupuk kesedaran tentang peri pentingnya kesejahteraan fisiologi kepada komuniti setempat. Program yang ditaja oleh Pusat Kelestarian
Universiti (USC) dan Andong Beach Homestay & Campground ini juga diharapkan dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara universiti dan komuniti sekitar.

Antara foto-foto program ‘’Pemindahan Ilmu & Pembersihan Pantai Bersama Komuniti”

1

2

3

4

5 min

6 min

 

 

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo