Events Calendar

Download as iCal file
Sumbangan makanan dan minuman kepada para petugas dan sukarelawan PPV IPT UNIMAS
Tuesday 29 June 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 669
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
51267847478_806602e452_c.jpg

Pusat pemberian vaksin (PPV) IPT UNIMAS semalam (24 Jun 2021) telah menerima beberapa kunjungan dari pelbagai badan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang datang untuk menghulurkan sumbangan berbentuk makanan dan minuman kepada para petugas barisan hadapan dan para sukarelawan PPV IPT UNIMAS.

Sumbangan ini diberikan sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan dan sukarelawan yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program pemberian vaksin kepada masyarakat.

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan telah menyumbangkan kuih-muih dan air kotak yang diserahkan kepada Pengarah Hospital Pengajar dan Pusat Perubatan UNIMAS, Dr Ehfa Bujang Safawi.

51268393154 3cb1dfe583 c

Manakala, Asean-China Education and Culture (ACEC) Association and Beijing Wuzi University pula telah memberi sumbangan yang berupa 2,400 botol air mineral, 500 mi cawan segera dan 2,000 bungkus biskut. Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Pengarah Eksekutif ACEC China, Yang Chengcheng kepada Profesor Datu Mohd Fadzil bin Abd Rahman, Penolong Naib Canselor (Kepimpinan dan Pembangunan) UNIMAS yang juga merangkap Pengarah PPV IPT UNIMAS.

 

51267659321 aaf7135c59 c

Bombay Spices, Kota Samarahan turut tidak ketinggalan untuk memberi sumbangan makan malam berbentuk nasi beriyani untuk para petugas dan sukarelawan.

UNIMAS sangat menghargai sumbangan daripada badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan tersebut yang secara tidak langsung menunjukkan keprihatinan dan kerjasama padu dalam membantu mencapai sasaran imuniti kelompok yang tinggi dengan segera di negeri ini.

 
Attachment(s):
 
 
Demo