Events Calendar

Download as iCal file
Pemilihan Akhir Kontinjen MAKSAK Sarawak Ke Kejohanan Olahraga MAKSAK Malaysia 2019
Saturday 05 October 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1288
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
MaksakSarawak.jpg

Tanggal 5 Oktober 2019, telah berlangsungnya pemilihan akhir untuk mencari atlet yang akan mewakili Kontinjen MAKSAK Sarawak ke Kejohanan Olahraga MAKSAK Malaysia yang akan berlangsung di Kuala Lumpur nanti...

Dalam sesi pemilihan terakhir ini seramai 20 atlet lelaki dan 15 atlet wanita telah dipanggil untuk menyertai pemilihan pada kali ini...Antara pasukan yang terlibat ialah atlet daripada UNIMAS, Pendidikan, LANDAS, Jabatan Ketua Menteri Sarawak, MSN Bahagian Miri, SEDC, Kimia, dan Perubatan...

Seramai 13 orang atlet hadir (9 lelaki dan 4 wanita) dengan semangat yang penuh membara untuk menyertai pemilihan ini dalam misi mengharumkan nama Sarawak di kejohanan itu nanti...

Terdapat tiga orang atlet yang telah melepasi had kelayakan iaitu:

Lelaki
1. Choo Thiam Choy (Pendidikan) Kategori Senior Vateran
Acara 100m & Lompat Jauh

2. Edhar Narawie Bin Ahmad Nawawie (SEDC) Kategori Senior Vateran
Acara Merejam Lembing

Wanita
1. Angeline Jumpo (Pendidikan) Kategori Junior Vateran
Acara Merejam Lembing

Tahniah diucapkan kepada atlet yang terpilih yang akan berjuang bersama 9 lagi atlet lain yang telahpun layak terlebih dahulu untuk ke Kejohanan Olahraga MAKSAK Malaysia 2019...Bagi atlet yang tidak berjaya teruskan usaha untuk memperbaiki diri bagi menjadi atlet yang lebih hebat di masa yang akan datang...

 
Attachment(s):
 
 
Demo