Events Calendar

Download as iCal file
Penyerahan Cek Sumbangan Program Anak Angkat, Kampung Tanjong Bako - Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Friday 20 April 2018
Hits : 1487
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
ybcover.jpg

20 April 2018 – Majlis Penyerahan Cek Sumbangan sebanyak RM20,000 untuk Program Anak Angkat, Kampung Tanjong Bako melalui Kursus Kesihatan Keluarga telah disempurnakan oleh YB Dr. Haji Hazland bin Abang Hipni, ADUN N.5 Demak Laut di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS pada jam 11.00 pagi pada hari Jumaat penuh barakah ini. Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS, Prof. Dr. Haji Ahmad Hata Rasit, mewakili Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UNIMAS menerima cek berkenaan.

Melalui Kursus Kesihatan Keluarga ini, Jabatan Perubatan Komuniti dan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UNIMAS akan bersama-sama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tanjong Bako berganding bahu menjayakan program-program kemasyarakatan bagi membantu penduduk-penduduk di Kampung Tanjong Bako. Program ini dijangka tamat pada bulan Mei tahun 2019.

Seramai 155 orang pelajar perubatan dan 31 buah keluarga angkat di Kampung Tanjong Bako terlibat dalam program ini. Program ini adalah sebagai pendedahan awal kepada bakal-bakal doktor berkaitan dengan cara hidup masyarakat kampung dan diharap melalui pengalaman berharga sebegini dapat membantu mereka memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat pada masa yang akan datang.

Selain itu juga, program ini juga boleh dijadikan platform untuk mengetengahkan Kampung Tanjong Bako kepada masyarakat umum kerana lokasi kampung ini agak unik kerana terletak di Kota Samarahan walaupun hakikatnya kampung ini adalah di bawah P.193 Santubong.

Majlis Penyerahan Anak Angkat telah diadakan pada 4 Mac 2018 bertempat di Dewan Wawasan Kampung Tanjong Bako.

 
Attachment(s):
 
 
Demo