Events Calendar

Download as iCal file
Intipati Amanat Naib Canselor UNIMAS 2020 Ringkasan Kandungan
Monday 17 February 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2757
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
ringkasan amant5.jpg

ringkasan amanat2ringkasan amanat4

ringkasan amanat1ringkasan amanat3

 

Intipati kandungan Amanat Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi pada 14 Februari 2020 adalah seperti berikut :

Tema Amanat: Nurturing Future Graduates: Inclusive.Global.Sustainable

  1. Selari dengan aspirasi UNIMAS untuk menjadi peneraju utama dan pemangkin kepada perkembangan pendidikan maka Fakulti Ekonomi dan Perniagaan akan menawarkan program siswazah secara kerja kursus iaitu program Doktor Pentadbiran Perniagaan (Doctor of Business Administration, DBA) bermula sesi September 2020/21. Program DBA merupakan program pengajian yang bersifat kontemporari dan bertujuan meningkatkan nilai kebolehpasaran graduan. Program DBA ditawarkan secara trimester dengan mod pengajian: sepenuh masa dan separuh masa dengan tempoh minimum pengajian adalah selama 8 semester bagi mod sepenuh masa; manakala, bagi mod separuh masa tempoh minimum pengajian adalah selama 10 semester.
  1. UNIMAS juga telah mengambil inisiatif bagi memperkasakan universiti ke arah swa-akreditasi dengan penubuhan Bahagian Jaminan Kualiti Akademik (BJKA) bermula Julai 2019. Penubuhan BJKA ini adalah selaras dengan keperluan Universiti dalam usaha mewujudkan sistem jaminan kualiti dalaman universiti yang kukuh dan mantap. Malah, pembudayaan jaminan kualiti dalaman yang mantap telah menjadi salah satu KPI BJKA. Usaha ini amat giat dijalankan bagi memastikan setiap program yang ditawarkan mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) berdasarkan 7 bidang utama yang telah digariskan oleh MQA.
  1. UNIMAS akan melaksanakan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL C) bagi semua program akademik di UNIMAS bagi menyemarakkan konsep pembelajaran sepanjang hayat (life long learning). Penekanan konsep utama APEL(C) iaitu penilaian ke atas kebolehan individu tersebut untuk menggunakan pembelajaran yang dicapai melalui pengalaman kerjayanya terdahulu dalam mencapai hasil pembelajaran sesuatu kursus.
  1. UNIMAS akan menanggung yuran penerbitan untuk artikel-artikel yang diterbitkan dalam jurnal berindeks SCOPUS dan International Scientific Indexing (ISI) sebagai galakan para penyelidik untuk terus menulis dan menerbitkan artikel yang bermutu tinggi. Sebanyak RM100,000 disediakan untuk inisiatif ini, dengan RM1,500 untuk jurnal SCOPUS dan RM2,000 untuk jurnal ISI. Inisiatif ini juga diharap dapat meningkatkan taraf penerbitan Universiti.
  1. UNIMAS akan menawarkan anugerah “RISE@UNIMAS" yang khusus menyasarkan penyelidik berumur di bawah 40 tahun. Dua anugerah yang berbentuk geran penyelidikan bernilai RM10,000 setiap satu bakal ditawarkan melalui program ini berdasarkan empat kelompok penyelidikan UNIMAS, iaitu (1) kejuruteraan & teknologi; (2) sains semulajadi; (3) seni, kemanusiaan dan pengurusan; dan (4) perubatan dan sains hayat sebagai memperakui kepentingan para penyelidik baharu dan muda yang akan menerajui kecemerlangan arena penyelidikan Universiti.
  1. Usaha berterusan untuk menonjolkan visibiliti UNIMAS di persada antarabangsa terus dipertingkatkan dan diperkasakan, melalui usaha komunikasi strategik yang melibatkan saluran-saluran media yang relevan, penulisan bahan promosi yang terpilih serta pemantauan sesuai untuk terus memantapkan lonjakan visibiliti UNIMAS.
  1. UNIMAS telah memperkenalkan beberapa tempat menarik yang terdapat di dalam kampus sebagai destinasi Edu-Tourism yang boleh dilawati oleh pelancong-pelancong menggunakan konsep Culture, Adventure, Nature, Food, and Education (CANFE) sebagai menyokong usaha kerajaan Sarawak dalam menggalakkan Sektor Pelancongan di negeri ini.
  1. Untuk Fasa 1 edu-tourism di UNIMAS, ianya akan tertumpu di beberapa buah “Stopping Points” iaitu Galeri Seni di FSGK (Culture), Real Living Lab (Adventure, Nature), Muzium Anatomi dan Patologi di FPSK (Education), dan sekitar Student Pavilion (Food). Dengan kerjasama erat bersama Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Lembaga Pelancongan Sarawak, inisiatif ini dijangka akan dapat mempromosi UNIMAS sebagai salah satu destinasi pelancongan edu-tourism di Sarawak.
  1. Selain itu, bagi membolehkan pelajar mendalami pengalaman pembelajaran global, fokus utama pengantarabangsaan akan memberi tumpuan kepada program mobiliti Inbound dan Outbound untuk staf dan pelajar. Pengantarabangsaan kurikulum akan turut dilaksanakan, yang mana tumpuan adalah bagi membentuk pelajar-pelajar yang peka serta terdedah kepada persekitaran global, seterusnya dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran pelbagai budaya. Graduan global mampu meningkatkan jumlah dan taraf program pendidikan bersama dan akreditasi antarabangsa, peluang latihan industri atau internship antarabangsa, serta peluang pekerjaan di luar negara.
  1. Bagi memantapkan aktiviti pengantarabangsaan Universiti, tiga domain strategik utama akan ditekankan.
  • Pertama,  memupuk jalinan perhubungan antarabangsa yang saling menguntungkan menerusi perkongsian strategik dengan institusi berkualiti tinggi; perluasan program pendidikan kerjasama dan transnasional; mempelbagaikan penyelidikan pasca siswazah dengan kerjasama rakan strategik antarabangsa; serta pengukuhan hubungan dengan negara jiran.
  • Kedua, bagi meningkatkan pengiktirafan dan kerjasama penyelidikan antarabangsa, UNIMAS  akan menyokong staf-staf Universiti ini untuk bekerjasama dengan rakan kongsi di seluruh dunia; memberi pengiktirafan yang sesuai kepada aktiviti pengantarabangsaan dalam model beban kerja; membaiki rangkaian global sedia ada untuk memupuk inisiatif penyelidikan; menggalakkan aktiviti antarabangsa, dan mengukuhkan reputasi untuk kecemerlangan di peringkat global.
  • Ketiga, memperluas dan menginovasikan program mobiliti jangka pendek UNIMAS; melibatkan kumpulan alumni antarabangsa dalam aktiviti Universiti; menggalakkan pelajar UNIMAS ke peringkat antarabangsa dengan menyediakan peluang dan sokongan untuk belajar, bekerja, mahupun menjadi sukarelawan di luar negara; menyambut baik lawatan pelajar dan kakitangan antarabangsa ke Universiti; menggalakkan pergerakan luar pelajar penyelidikan pasca siswazah; dan memperluas peluang untuk staf UNIMAS untuk menjalankan aktiviti pendidikan dan penyelidikan di luar negara bagi menambah pengalaman global untuk pelajar, staf, dan alumni Universiti,
  1. Kemajuan teknologi masa kini telah membuka ruang kepada Universiti untuk menerokai inisiatif pembelajaran baharu. Untuk itu, tumpuan akan diberikan kepada mengintegrasikan perspektif global ke dalam kelas melalui pelaksanaan Global Classroom Initiative. Melalui kerjasama dengan rakan strategik UNIMAS di seluruh dunia, komponen pengantarabangsaan akan di bawa ke bilik kuliah seterusnya memberi pendedahan dan meningkatkan keupayaan pelajar untuk berkomunikasi dan bekerjasama merentasi sempadan negara dan budaya, di samping meningkatkan kefahaman mereka untuk menghormati norma dan nilai masyarakat dunia yang lain.
  1. Untuk memacu visi pengantarabangsaan universiti dan seterusnya mensasarkan Interculturalisation, universiti akan menubuhkan UNIMAS Global Hub, iaitu sebuah pusat sehenti untuk khidmat pertanyaan berkaitan pengantarabangsaan dan juga sokongan. Dengan penubuhan hub ini, perkhidmatan ini akan ditawarkan bukan sahaja kepada pelajar antarabangsa tetapi juga pelajar tempatan yang berhasrat menerokai peluang pembelajaran atau latihan di luar negara.
  1. Dalam usaha memperkasakan kewibawaan UNIMAS sebagai rakan strategik industri, Universiti pada tahun ini telah menubuhkan Pusat Industri Universiti atau University Industry Center, UNIC. Penubuhan ini amat signifikan bagi memastikan UNIMAS bergerak ke hadapan seiring dengan perubahan semasa dalam ekonomi yang kompetitif serta memenuhi kehendak industri yang mencabar. Di samping itu, Pusat Industri Universiti juga berperanan dalam meningkatkan hubungan dan jaringan industri bagi memastikan arah tuju universiti selari dengan perkembangan dan perubahan ekonomi semasa.
  1. Selain itu, Universiti juga komited dalam mencungkil dan menggilap bakat kepimpinan warga kampus melalui pengetahuan, pendedahan dan pengalaman. Kepimpinan di Universiti menuntut usaha dan azam yang amat tinggi, serta memerlukan keupayaan dalam menyampaikan hasil dan membuat perubahan secara berterusan. Bagi maksud tersebut, universiti telah menubuhkan Pusat Kepimpinan UNIMAS atau UNIMAS Leadership Center, ULC, yang berperanan dalam melahirkan pemimpin pelapis Universiti pada masa hadapan. Melalui perancangan sebegini,  barisan kepimpinan Universiti akan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang lebih baik dan berkesan kepada Universiti yang kita cintai ini.
  1. Sehubungan itu, kelestarian kecemerlangan UNIMAS dalam persekitaran VUCA (volatility, uncertainty, complexity and ambiguity) memerlukan komitmen teguh bersama dan usaha berterusan dari semua warga UNIMAS. Antaranya warga UNIMAS harus bersedia dengan minda terbuka, cekal berusaha menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran-kemahiran sejajar dengan keperluan semasa untuk menjadi modal insan berkualiti dan kekal relevan.
  1. Justeru, dalam mendepani cabaran baharu dekad ini serta menjamin kelestarian kecemerlangan warga Universiti, UNIMAS telah meletakkan modal insan berkualiti sebagai fokus strategik dalam Pelan Strategik UNIMAS 2021-2025 yang dikenali sebagai Strategic Focus – Talent Management & Leadership. Matlamat utama fokus strategik ini merupakan komitmen berterusan Universiti ke arah usaha untuk:
  • Mewujudkan sistem dan proses pengurusan bakat termasuk kepimpinan dengan menggunakan aplikasi teknologi maklumat terkini dan berdasarkan bukti (evidence based) dan data.
  • Menyediakan program latihan yang bersesuaian, berstruktur dan memberi impak kepada tahap kompetensi untuk pembangunan bakat UNIMAS.
  • Mewujudkan Strategic Enablers dan aktiviti-aktiviti berkaitan ke arah menarik, melantik dan mengekalkan modal insan berkualiti melalui laluan kerjaya yang menarik dan bermakna di UNIMAS.
  1. Selain itu, Sistem UNIMAS eRecruitAcademic akan diberi nilai tambah agar dapat diguna pakai sepenuhnya pada tahun 2020 untuk permohonan jawatan akademik baharu. Sistem ini dibangunkan oleh CITDS menggunakan Rapid Application Builder Tools (REKA), dengan menukar kaedah manual kepada sistem yang dapat melakukan tapisan calon, bersifat paperless dan pantas. Aplikasi ini telah digunakan pada tahun 2019 untuk jawatan Guru Bahasa.
  1. Bagi menyokong tema Strengthening Teaching Excellence and Enhancing Learning Experience, usaha berterusan dalam menaiktaraf dan memantapkan infrastruktur dan kemudahan ICT menjadi keutamaan universiti. Pembangunan Aplikasi untuk tahun ini memfokus kepada aplikasi yang menyokong ke arah Inisiatif Kampus Pintar atau Smart Campus Initiatives. UNIMAS Now yang merupakan satu-satunya aplikasi rasmi universiti akan diperkayakan lagi dengan pembangunan apps versi mobile seperti UNIMAS Support, Mobile eVoting, Leave Application, Student Result, Academic Advisor dan QR Sticker (Vehicle id). Selain dari itu aplikasi lain yang dibangunkan seperti ePortfolio dan Document Management System juga menyokong aspirasi ke arah paperless management.
  1. Bagi mencapai hasrat ke arah Smart Campus, universiti akan terus memberi komitmen dan akan menyediakan peruntukan secukupnya bagi keperluan kritikal Infrastruktur dan kemudahan ICT berikut iaitu penggantian Door Access System sediada kepada sistem yang baharu dengan teknologi terkini, pemasangan wifi AP (Access Point) tambahan bagi perluasan liputan khususnya di kawasan yang strategik sekitar kampus, penyediaan Ruang Storan Enterprise bagi menyimpan koleksi digital rasmi universiti merangkumi potfolio pelajar, audio/video clips, gambar-gambar aktiviti pelajar dan projek penyelidikan, pelaksanaan 2 Factor Authentication (2FA) bagi memperkasa Keselamatan ICT dan penggantian PC dan laptop lama bagi kegunaan staf pentadbiran, pegawai akademik dan makmal komputer
  1. Dalam usaha kita memperbaiki kedudukan (ranking) dan penarafan (rating) Universiti, pelbagai penambahbaikan telah diambil bagi melancarkan proses analisis, pengumpulan data, semakan dan pengesahan maklumat dengan mengadakan taklimat, perbincangan dan mesyuarat bersama individu yang bertanggungjawab (PIC). Selaras dengan penambahbaikan proses kerja yang melibatkan strategi, kualiti, kedudukan dan penarafan Universiti, Universiti telah bersetuju agar jawatan Ketua Strategi diwujudkan di peringkat fakulti yang akan membantu Dekan dalam pengurusan strategi di Fakulti masing masing.
  1. Selari dengan Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030 yang telah dimaklumkan melalui Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2019, Universiti akan melancarkan Pelan UNIMAS Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna (UNIMAS Towards Zero Single-Use Plastics) bertujuan menangani masalah alam sekitar khususnya berpunca daripada pencemaran ekoran penggunaan barangan plastik sekali guna demi mewujudkan persekitaran yang lebih sihat.
  1. Untuk meneruskan agenda pembangunan keusahawanan di UNIMAS agar sejajar dengan keperluan semasa, dengan ini Pusat Pembangunan Keusahawanan (PPK) akan dijenamakan kepada UNIMAS Applied Entrepreneurship In Technology And Innovation Center (UNIMAS APPRENTICE).
  1. Dengan usaha dan kejayaan yang signifikan yang telah ditempa oleh Pusat Tenaga Boleh Diperbaharui atau CREN bagi menyokong inisiatif negara untuk menjadi hab tenaga boleh diperbaharui di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta menyokong usaha berterusan memperkasakan dan visibiliti UNIMAS dalam SDG, universiti telah mencadangkan CREN dinaiktaraf kepada sebuah institut. Dengan ini diumumkan penubuhan Institut Tenaga Lestari dan Diperbaharui (Institute Of Sustainable And Renewable Energy – ISURE)
  1. Pengwujudan Gamification Centre di UNIMAS, yang merupakan yang pertama seumpamanya di negara, adalah antara usaha universiti menjadi hub agenda STEM serta pendidikan abad ke-21 di peringkat negeri dan negara. Gamification Centre dilengkapi dengan kemudahan latihan untuk interaktif dinamik serta penyelesaian masalah secara kreatif. Baru-baru ini, projek ini diiktiraf sebagai projek berimpak apabila mendapat tempat pertama kategori Pendidikan dan Latihan dalam anugerah berprestij Gamification Award daripada Game Changers UK.
  1. Dalam memastikan kesejahteraan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), Universiti telah menubuhkan Unit Perkhidmatan Orang Kelainan Upaya (OKU) di UNIMAS bagi memperkasakan ekosistem pembelajaran yang kondusif dan selamat kepada golongan istimewa ini selari dengan Pelan Tindakan OKU 2016-2022 yang diperkenalkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai pemegang taruhnya.
  1. Bagi memaksimumkan kualiti akademik, kurikulum program akademik akan sentiasa dipantau serta diperkasakan dari masa ke semasa. Penstrukturan semula Pusat Jaminan Kualiti dan Pembangunan Akademik ke Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik dan pewujudan Bahagian Jaminan Kualiti Akademik, adalah manifestasi UNIMAS untuk meningkatkan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran serta kualiti akademik Universiti dalam melahirkan future ready graduates.
  1. Selain itu, Tabung UNIMASKu Sayang yang telah diwujudkan sebelum ini untuk membantu masyarakat terutamanya yang ditimpa bencana alam telah di gunakan dengan memberi banyak manafaat kepada penerima. Setakat ini, UNIMAS telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM109,692.75 sejak ia diwujudkan dan baki terkumpul setakat Disember 2019 adalah sebanyak RM27,931.31
  1. Dalam usaha mempelbagaikan penggunaan tabung ini serta tumpuan khusus kepada aspek kebajikan staf, adalah di cadangkan agar UNIMAS Holdings menyumbang sebanyak RM70,000 setahun manakala UNIMAS Business School sebanyak RM30,000 setahun hasil daripada pendapatan kedua-dua syarikat kepada Tabung UNIMASku Sayang. Universiti juga bersetuju untuk memanjangkan penggunaan Tabung ini kepada staf yang benar-benar memerlukan bantuan bagi meringankan beban ditimpa musibah dan sebagainya. Satu pekeliling berkaitan penggunaan tabung ini akan dikeluarkan selepas ini.
 
Attachment(s):
 
 
Demo