Events Calendar

Download as iCal file
KEMAHIRAN 3D NILAI TAMBAH KOMUNITI SONGKET DAN KERINGKAM TINGKAT PENDAPATAN JUALAN DAN PAPAR HASIL WARISAN
Tuesday 17 July 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 331
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
3D_2.jpg

KOTA SAMARAHAN, 17 Julai 2018: Bengkel Ketiga iaitu Produk Dalam 3 Dimensi Songket dan Keringkam merupakan salah satu program latihan untuk pengusaha songket dan keringkam di bawah pelaksanaan Projek Inovasi Warisan Sarawak. Modul ini bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan tentang Produk Dalam 3 Dimensi.

Sebelum ini dua bengkel telah dilaksanakan, Bengkel Pertama Ecommerce telah dilaksanakan pada April 2018 yang disampaikan oleh Dr. Nadianatra binti Musa dan Bengkel Kedua Pembungkusan dan Pelabelan telah diadakan pada Mei 2018 yang disampaikan oleh Dr. Dayang Hanani binti Abang Ibrahim. Berteraskan zaman teknologi maklumat yang kian menjulang, pengusaha-pengusaha perniagaan mampu memasarkan serta menambahbaik status penjualan produk mereka dengan menggunakan teknologi seperti 3 Dimensi.

Bengkel Produk 3D Songket dan Keringkam telah diadakan pada 12 dan 13 Julai 2018 bertempat di Microsoft Lab, Tingkat 1, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak di bawah Projek Inovasi Warisan Sarawak. Ahli Projek terdiri daripada Profesor Madya Dr Johari Bin Abdullah, Professor Madya Dr Noor Alamshah Bolhassan, Dr Dayang Hanani Bt Abang Ibrahim, Dr Nadianatra Musa dan Puan Suhana Sarkawi (Institut Pengajian Guru Samarahan). Bengkel ini telah disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Nooralamshah Bin Bolhassan dari UNIMAS. Seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada pengusaha songket dan keringkam telah hadir di mana 3 orang mewakili Kuching, 6 orang mewakili Kuala Rajang, 11 orang dari Gedong, 3 orang dari Kampung Mang, Samarahan dan 5 orang dari Centexs.

Pengisian bengkel kali ini adalah berasaskan pembinaan objek dalam 3D/360 Darjah. Kesinambungan dari Laman web Ecommerce yang telah dibina pada April 2018 dan penambahbaikan pembungkusan dan pelabelan yang dibuat pada Mei 2018, kali ini peserta diberi pendedahan menggunakan Peralatan/Aplikasi Foldio360 dan Kamera. Peserta juga dikehendaki membawa produk masing masing sebelum pengenalan cara mengambil gambar 3D dibuat menggunakan peralatan dan aplikasi Foldio360. Selepas itu mereka didedahkan dengan kaedah memindah dan berkongsi gambar 3D di Spinzam dan Media Sosial. Seterusnya pihak peserta membuat aktiviti berkumpulan mengambil gambar 3D untuk produk sendiri.

3D 1

Gambar 1:- Banner bengkel Produk dalam 3 dimensi

Semasa program aktiviti mengambil gambar 3D secara berkumpulan sedang berjalan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datu Dr Sabariah Putit telah melawat Bengkel dan juga peserta komuniti Songket dan Keringkam. Beliau telah melihat sendiri bagaimana peserta mengambil gambar 3D untuk dimuat masuk ke dalam laman web E-Commerce yang telah mereka bangunkan pada April 2018.

3D 2

Gambar 2:- Peserta songket dan keringkam bergambar bersama Datu Dr. Sabariah Putit, pensyarah, tenaga pengaja bengkel Produk dalam 3 Dimensi

Gmbr3

Gambar 3:- Ucapan daripada Datu Dr. Sabariah Putit bersama komuniti songket dan keringkam

3D 6

Gambar 4:- Dato’ Dr. Sabariah melihat hasil kerja para peserta penyulam dan penenun

Gmbr5

Gambar 5:- Datu Dr Sabariah melihat hasil kerja atau produk yang dihasilkan oleh peserta bengkel

Selain itu, peserta juga menerima lawatan daripada Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Prof  Madya Dr. Johari bin Abdullah pada hari kedua bengkel Produk dalam 3 dimensi iaitu pada 13 Julai 2018. Dalam lawatan ini, beliau sempat melihat hasil tangan penenun songket dan penyulam keringkam. 

3D 3

Gambar 6:- Gambar komuniti songket dan keringkam bersama dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, pensyarah dan tenaga pengajar bengkel Produk dalam 3 Dimensi.

3D 4

Gambar 7:- Dr. Alamshah mengajar peserta cara menggunakan Foldio360

3D 5

Gambar 8:- Peserta mengambil gambar produk mereka sendiri berbentuk 3D menggunakan Foldio360 untuk dimasukkan ke dalam ecommerce

3D 7

Gambar 9:- Peserta turut menerima bimbingan daripada fasilitator yang bertugas

3D 8

Gambar 10:- Pembentangan daripada peserta berkaitan masalah yang dihadapi oleh penenun dan penyulam untuk diketengahkan oleh pihak-pihak yang tertentu

3D 9

Gambar 11:- Perbincangan peserta penyulam dan penenun yang terdiri daripada pelbagai kumpulan.

3D 10  3D 11

3D 12  3D 13

3D 14  3D 15

3D 16  3D 18

Gambar 12:- Penyampaian sijil kepada peserta-peserta yang menghadiri bengkel produk dalam 3 dimensi. 

 

Kesimpulannya, pihak penganjur sangat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak kerana membuka jalan untuk mengembangkan industri songket dan keringkam melalui Projek Inovasi Warisan Sarawak. Dengan adanya projek seperti ini, kita dapat memelihara dan memulihari warisan kita iaitu songket dan keringkam supaya tidak pupus ditelan zaman. Penglibatan generasi muda dalam bidang menenun songket dan menyulam keringkam amatlah dihargai kerana mereka merupakan pelapis warisan masyarakat Melayu Sarawak.

            Hasil daripada temubual bersama peserta yang hadir, kebanyakan dari mereka amat menghargai penganjuran bengkel seperti ini kerana mereka memerlukan bantuan seperti yang dianjurkan ini untuk meluaskan lagi strategi pemasaran perniagaan songket dan keringkam mereka. Malah, mereka berharap agar mereka dapat menyertai bengkel-bengkel yang akan datang untuk mempelajari pelbagai teknik perniagaan. Bengkel yang seterusnya iaitu “Ecosystem and Sustainaibility” akan diadakan pada 26 dan 27 Julai oleh Prof Madya Dr Johari bin Abdullah. 

 

 
Attachment(s):
 
 

Back

Demo