Events Calendar

Download as iCal file
Kolej DPAH Abdillah/UniK UNIMAS bergabung jayakan program untuk pelajar
Tuesday 13 February 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 3888
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
kaunseling1.jpg

kaunseling2

KOTA SAMARAHAN, 13 Februari 2018 : Seramai 121 orang pelajar dan 14 orang guru dari Kolej Datu Patinggi Abang Haji (DPAH) Abdillah Kuching telah menyertai Program Kepimpinan Khas Untuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Majlis Perwakilan Asrama (MPA) dan Pemimpin Kelas 2018, baru-baru ini.

Program tersebut yang merupakan anjuran Kolej DPAH Abdillah dengan kerjasama Unit Kaunseling & Kebajikan Pelajar (UniK), Pusat Khidmat Pelajar, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNIMAS itu telah diadakan selama dua hari bermula 8 Februari lepas di  Dewan Syarahan, PITAS UNIMAS.

Para pelajar Kolej DPAH Abdillah terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Perwakilan Asrama dan Pemimpin Kelas (Ketua Tingkatan & Penolong Ketua Tingkatan).

Program itu telah dikendalikan oleh Pegawai/Staf UniK serta dibantu oleh dua belas orang fasilitator yang terdiri dari pelajar UNIMAS.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program berlansung seperti ceramah, slot Latihan Dalam Kumpulan [LDK], Running Man Games, slot Ice breaking & refreshment serta sesi refleksi dan pembentangan resolusi.

Objektif program tersebut adalah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar tentang kepimpinan selain membina sahsiah positif dan akhlak yang terpuji sebagai seorang pemimpin.

Malahan, program tersebut juga diharap dapat meningkatkan keterampilan diri pelajar sebagai seorang pemimpin dan menjadi contoh yang baik kepada pelajar-pelajar lain.

 
Attachment(s):
 
 
Demo