Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS Publisher adakan pertemuan dengan Datu Dr Haji Sanib
Wednesday 30 August 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2448
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2017-08-30 at 09.31.22.jpeg

WhatsApp Image 2017 08 30 at 09.31.21

Kota Samarahan, 30 Ogos 2017: Pengarah UNIMAS Publisher, Profesor Madya Dr Jane Labadin bersama dengan Jawatankuasa Persidangan Antarabangsa Penerbitan Buku Borneo dan Pesta Buku Borneo telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Yayasan Budaya Melayu Sarawak (YBMS), Datu Dr Haji Sanib Saib petang kelmarin.

Tujuan pertemuan tersebut adalah untuk menjemput Datu Dr Haji Sanib sebagai salah seorang Fasilitator dalam persidangan tersebut kelak.

Persidangan tersebut akan diadakan pada 11 hingga 13 Oktober depan manakala Pesta Buku pula diadakan selama lima hari bermula 11 hingga 15 Oktober 2017.

Antara Ahli Jawatankuasa yang menyertai pertemuan tersebut ialah Setiausaha Persidangan dan Pesta Buku Borneo, Puan Norinda Krang Su’ut, Ahli Jawatankuasa Teknikal merangkap Pensyarah Fakulti Bahasa dan Pengajian Komunikasi UNIMAS,  Profesor Madya Dr Jeniri Amir dan Profesor Madya Dr Mus Chairil Samani.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Zaki b. Julaihi

 
Attachment(s):
 
 
Demo