Events Calendar

Download as iCal file
KTP UNIMAS kenal pasti punca denggi : UMW Holdings Bhd tampil serah sumbangan
Tuesday 18 April 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2273
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
cek1.png

cek2

KOTA SAMARAHAN, 18 April 2017 : Majlis penyerahan cek sumbangan UMW Holdings Bhd kepada Jawatankuasa Kesejahteraan & Kemajuan Kampung Jaya Ria telah berlangsung pada 16 April 2017 bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Jaya Ria.

Majlis penyerahan cek merupakan satu inisiatif kumpulan penyelidik Knowledge Transfer Programme (KTP) UNIMAS dalam membantu permasalahan air dan secara tidak langsung dapat membantu dalam mencegah wabak denggi di kampung berkenaan.

Penyelidik KTP UNIMAS telah mengenal-pasti antara salah satu punca pembiakan nyamuk Aedes sekitar kampung tersebut adalah disebabkan permasalahan penakungan air.

Sehubungan itu, atas dasar keperihatinan dan menunaikan tanggungjawab sosial,  pihak UMW Holding Bhd telah menyumbang derma berbentuk wang zakat sejumlah RM10,000.00 bagi membantu pihak Jawatankuasa Kesejahteraan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Jaya Ria membeli  tangki air dan peralatan menyalurkan air untuk diagihkan kepada beberapa rumah penduduk kampung termasuk dewan serbaguna dan masjid Darul Iman yang amat terkesan oleh permasalahan air tersebut.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Datin Hajjah Kasma Bt Haji Buang; isteri kepada Yang Berhormat Dato Idris Buang; ADUN N16, Muara Tuang.

Semasa majlis ini Dr Ehfa Bujang Safawi, Ketua Jabatan Surgeri, wakil  kepada UMW Holdings Bhd telah menyerahkan replica cek berjumlah RM10,000 kepada Datin Hajah Kasma Hj Buang bagi pihak JKKK Kampung Jaya Ria.

Majlis penyerahan cek ini turut dihadiri Profesor Dr Mohammad Zulkarnaen Bin Ahmad Narihan; Timbalan Dekan Pembangunan dan Perkhidmatan Klinikal; wakil Pejabat Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Dr Khatijah Yaman, Ketua Knowledge Transfer Programme UNIMAS dan Puan Hajah Rasidah Abd Wahab selaku Ketua Projek CRS: UMW, UNIMAS & Kampung Jaya Ria, Pemanca Hajah Salbiah Binti Emon, Penghulu Haji Boh Bin Sebli dan Ketua Kaum sekitar Kawasan Ensengei, Serian.

Turut diadakan dalam majlis ini ialah penyampaian insentif pendidikan oleh pihak JKKK Kampung Jaya Ria bagi anak-anak Kampung Jaya Ria yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM.

 
Attachment(s):
 
 
Demo