Events Calendar

Download as iCal file
Perkhemahan Salam Kembara OKU Yayasan Salam Malaysia (Cawangan Sarawak)
Friday 17 March 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 154
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
OKU01.jpg

Seramai 18 orang pelajar Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Sustainabiliti Tenaga dari pelbagai Tahun Pengajian telah menjadi sukarelawan untuk perkhemahan Salam Kembara Orang Kelainan Upaya (OKU) Yayasan Salam Malaysia (Cawangan Sarawak) yang telah diadakan di perkarangan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kota Samarahan pada 10-12 Mac 2017. Di samping pelatih-pelatih OKU dari PDK Samarahan, separuh daripada 40 orang perserta adalah dari Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Samarahan. Yayasan Salam Malaysia diketuai olehPuan Zakiah Ahmat iaitu Penyelaras Program Sukarelawan, Yayasan Salam Malaysia (Cawangan Sarawak)  sementara PDK Samarahan diketuai oleh penyelia PDK tersebut iaitu Puan Siti Hajar Drahman. Objektif utama perkhemahan Salam Kembara OKU ini adalah untuk memupuk semangat cekal dalam menempuh cabaran serta mengeratkan silaraturahim dikalangan peserta dan sukarelwan yang bertugas.  Kumpulan sukarelawan dari Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Sustainabiliti Tenaga diketuai oleh Dr Nazeri Abdul Rahman iaitu Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni sementara para pelajar yang terlibat adalah Dayang Ajeerah Awang Dayang Ajeerah binti Abang Husaini dan Shammini  A/P M. Doraisamy dari Tahun 3, Nurul Farhanah binti Ihwan, Nur Nabilah binti Samawi, Nurfarhana Linus, Nur Athirah binti Mohammad Nasri Liaw, Madelin anak Demong, Nur Farahiyah binti Badrol Hissam, Yvonne Ivon anak Richard, Ho Pau Ling, Nur Athirah binti Zol Kefli, Kenny Kajan Mathew, dan Nur Wahidah binti Muhammad dari Tahun 2, serta Muhammad Nur Adib Bin Ramli, Nadi Zulfika bin Suhaili, Nurul Hafiza Binti Othman, Dg Sharifah Rozellia Binti Kamel Shariff, dan Dayang Rasyidah Wafa Binti Abang Ibrahim dari Tahun 1.

 

OKU02

 

OKU03

 

OKU04

 
Attachment(s):
 
 

Back

Demo