Events Calendar

Download as iCal file
Maufakat dalam larian amal
Thursday 01 December 2016, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1390
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
koQ1.jpg

koQ2

KOTA SAMARAHAN, 1 Disember 2016 : Seramai 1,200 orang pelajar yang mengikuti kursus kokurikulum berkredit (PPD1032) tidak melepaskan peluang menyertai larian amal belon sempena dengan Karnival Hari Ko-Q UNIMAS 2016 yang diadakan kelmarin.

Majlis penutupan program tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman.

Dalam ucapan ringkas, Profesor Mohd Fadzil menyatakan penganjurkan program tersebut dapat memupuk kerjasama dan merangsangkan pemikiran kritis pelajar seperti yang ditekankan dalam 29 subteras subjek PPD1032.

“ Program ini sebagai medium untuk kita mengeratkan silaturahim dalam kalangan pelajar dan staf UNIMAS serta ia dapat menyerlag bakat pelajar dalam hal-hal berkaitan penganjuran majlis.

“ Saya berharap UNIMAS dapat melahirkan generasi pewaris pembangunan negara yang memiliki semangat perpaduan dan kesukanan, mecakupi pelbagai rutin kehidupan, berketrampilan baik dan sebagainya,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengarah Karnival Hari Ko-Q UNIMAS 2016, Encik Ammar Ashraf Mohamad memberitahu objektif karnival tersebut adalah untuk meraikan semua pelajar yang mengikuti kursus PPD1032 semester 1 sesi 2016/2017.

Beliau berkata, larian amal belon pula bertujuan untuk mengumpul sejumlah wang yang akan disalurkan kepada Tabung Kebajikan Pelajar UNIMAS.

Katanya, antara aktiviti lain sepanjang karnival itu ialah persembahan ‘ shout-out’ dan pembikinan video untuk cabaran mannequin.

Naib Canselor, Profesor Dato Dr Mohamad Kadim Suaidi juga sempat singgah untuk melihat majlis penutupan karnival berkenaan serta ikut serta dalam pembikinan video mannequin.

 
Attachment(s):
 
 
Demo