Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS terus dapat perhatian pelajar sekolah
Thursday 01 December 2016, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1885
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
SJCK Chunghua1.jpg

SJCK chunghua2

KOTA SAMARAHAN, 1 Disember 2016 : UNIMAS terus mendapat perhatian sekolah-sekolah menengah di negeri ini  bilamana ia menjadi universiti pilihan untuk tujuan program lawatan bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar untuk meneruskan pengajian di menara gading.

Perkara ini terbukti dengan kehadiran pelajar dari beberapa buah sekolah selama ini dan terbaharu, UNIMAS mendapat perhatian daripada rombongan pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua, Meludam.

Kehadiran 21 orang murid tahun enam bersama-sama dengan guru pengiring mereka, Ustaz Haji Hafizul Rasdi ke UNIMAS sekurang-kurangnya dapat memberi gambaran kepada pelajar tingkatan enam sekolah berkenaan berkaitan program dan kursus, serta kehidupan netizen kampus universiti ini.

Perkara ini diakui sendiri oleh Haji Hafizul dan beranggapan ia sebagai motivasi dan mendorong pelajar untuk cemerlang dalam pelajaran serta bersemangat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti apabila tamat tingkatan enam kelak.

“ Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak UNIMAS atas kesudian menerima kunjungan kami,” ujar beliau.

Kehadiran rombongan tersebut telah disambut oleh beberapa orang Kaunselor Pelatih UNIMAS yang diketuai oleh Encik Wirrmeezy Walid dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sekaligus memberi penerangan dan menunjukkan tempat-tempat menarik dalam universiti ini.

Antara lokasi universiti yang dilawati seperti Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA), muzium anatomi dan patologi di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan juga Student Pavilion.

 
Attachment(s):
 
 
Demo