Events Calendar

Download as iCal file
Testimoni UNIMAS bantu jayakan agenda pembangunan negeri
Thursday 27 October 2016, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1270
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
TS Zabidi4.png

TS zabidi 1TS Zabidi3

KOTA SAMARAHAN, 27 Oktober 2016 : UNIMAS merupakan institusi yang signifikan dalam pembangunan dan kelestarian tiga mega trend utama iaitu biodervisiti, teknologi hijau dan tenaga yang boleh diperbaharui serta infrastruktur.

Kenyataan tersebut telah disuarakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal sempena Majlis Syarahan Perdana ‘Transformasi Perkhidmatan Awam:Analisis dan Cabaran’ di DeTAR PUTRA, UNIMAS hari ini.

Kata beliau, penubuhan Institut Pengajian Borneo, Pusat Kecemerlangan Penyelidikan SCORE, Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Pembinaan Tanah Gambut dan Institut Informatik Sosial dan Inovasi Teknologi merupakan testimoni komitmen UNIMAS dalam menjayakan agenda pembangunan mampan di negeri Sarawak.

“ Saya melihat peranan UNIMAS dalam konteks pembangunan lestari ini merupakan keunikan yang telah diwujudkan oleh universiti ini.

“ Sementara langkah ini harus diberi pujian, UNIMAS perlu memikirkan bagaimana untuk memposisikan dirinya sebagai universiti yang mendapat tempat dalam pelbagai penarafan dunia akademik,” sambungnya lagi.

Tan Sri Zabidi Zainal berkata antara cabaran lain yang harus dititik-beratkan oleh UNIMAS adalah berkaitan isu-isu regulatori seperti harta intelek, paten, hak milik dan sebagainya.

Beliau berkata, kumpulan masyarakat yang tidak terdedah dengan keperluan terhadap harta intelek sering terlepas pandang dan akibatnya kebanyakan produk baharu yang dicipta akan berisiko tinggi untuk diciplak dan dirampas pemilikan mereka.

“ Justeru itu, saya berharap UNIMAS dengan segala kepakaran yang dimiliki akan terus memacu industri ini dengan jayanya,” katanya lagi.

Dalam syarahan perdana sama, Tan Sri Zabidi turut menyebut mengenai peranan Perkhidmatan Awam dan sumbangan penjawat awam yang menjadi penentu kejayaan agenda besar negara

Katanya, walaupun tuntutan global dan persekitaran pada masa dahulu dan kini mungkin telah berbeza, namun begitu, akar tanggungjawab Perkhidmatan Awam tetap tidak berganjak iaitu sebagai pemelihara kepentingan rakyat.

Jelasnya lagi, memasuki era yang meraikan pertembungan idea ini, memerlukan penjawat awam bergerak dalam trajektori yang tidak pernah dilalui oleh mereka sebelumnya.

Makanya dengan itu, Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam (KTPA) telah digagaskan bertunjangkan lima teras strategik iaitu Mendaya Upaya Bakat, Merekayasa Organisasi, Merakyatkan Penyampaian Perkhidmatan, Merangkum dan Sepunya, serta Membudaya Nilai.

Sementara itu, syarahan Perdana Transformasi Perkhidmatan Awam oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal diangkat menjadi wacana intelektual dalam gapura keilmuan untuk direnungi dan diamati sebagai terjemahan pemikiran dan paradigma Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Ke-21 ini. Hasrat untuk membawa budaya baharu dalam falsafah penyampaian perkhidmatan yang dibawa Tan Sri KPPA seharusnya disusuli dalam bentuk tindakan oleh para pentadbir, golongan ilmuan, para penyelidik dan penjawat awam keseluruhannya.

Syarahan Perdana kali ke-4 ini merupakan kerjasama di antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Seramai 3,000 orang yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Sarawak, penjawat awam negeri Sarawak dan Pegawai-Pegawai Akademik serta mahasiswa-mahasiswa UNIMAS menghadiri program ini

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo