Events Calendar

Download as iCal file
Komunikasi dua hala menerusi Program Perkhidmatan Pembelajaran
Tuesday 27 September 2016, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1535
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
picture1.png

pix2

Kota Samarahan, 27 September 2016 : Empat puluh kawasan terpilih di kawasan Kuching dan Kota Samarahan bagi penganjuran Program Perkhidmatan Pembelajaran yang turut disertai oleh lebih 361 orang pelajar dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UNIMAS.

Program tersebut telah bermula dari 19 hingga 27 September dan majlis pelancaran program berkenaan telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen 197 Kota Samarahan, Puan Rubiah binti Wang di Pusat Internet 1Malaysia, Kampung Tanjung Bundong Fasa II, Sabtu lepas.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi dalam ucapan aluannya berkata objektif program itu adalah untuk menjalinkan kerjasama antara pelajar Unimas dan masyarakat setempat menerusi perkongsian ilmu.

Beliau juga berharap program ini dapat meningkatkan komunikasi dua hala antara universiti dan masyarakat.

Tambahnya lagi, program ini berkonsepkan situasi menang-menang iaitu dimana kedua-dua pihak akan memperolehi manfaat khususnya dari segi pencapaian inspirasi dan percambahan budaya ilmu.

Manakala Puan Rubiah Binti Wang mengucapkan tahniah sekaligus kepada UNIMAS atas penganjuran program berkenaan dan menyuarakan sokongan ke atas program yang disifatkan dapat memberi peluang kepada pelajar mengaplikasi ilmu yang mereka pelajari di universiti kepada persekitaran dunia sebenar dan refleksi pengalaman perkhidmatan tersebut apabila kembali ke sesi pembelajaran universiti.

Beliau turut menasihati masyarakat setempat supaya menggalakkan anak –anak mereka melibatkan diri dengan program ini supaya dapat melahirkan generasi yang berilmu setanding dengan masyarakat di tempat lain.

Artikel oleh : Brenika Tawi (Pelajar Latihan Industri UiTM)

 
Attachment(s):
 
 
Demo