Events Calendar

Download as iCal file
Ceramah Umum oleh Profesor Ei-Ichi Negishi
From Wednesday 17 August 2016 -  08:00am
To Friday 19 August 2016 - 05:00pm
Hits : 1230
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
lecture_1_20160817.jpg

KOTA SAMARAHAN, 17 OGOS: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sentiasa memainkan peranan besar untuk membawa manfaat dan pembaharuan kepada masyarakat setempat. Salah satu daripada caranya adalah melalui penganjuran ceramah-ceramah umum. Sehubungan itu, UNIMAS dengan kerjasama Institut Kimia Malaysia (IKM) telah menganjurkan ceramah umum oleh pemenang Anugerah Nobel, Profesor Ei-Ichi Negishi pada hari ini bertempat di Pusat Tun Abang Salahuddin (PITAS), UNIMAS.

Profesor Ei-Ichi Negishi telah lebih 30 tahun bertugas sebagai penyelidik di Purdue University, Amerika Syarikat. Pada bulan Disember 2010, beliau menerima Anugerah Nobel dalam bidang Kimia di atas sumbangan beliau membangunkan tindak balas berasaskan logam yang dikenali sebagai pengganding silang bermangkin paladium, yang membolehkan sintesis kompleks sebatian organik berlaku lebih mudah dan berkesan.

Sehubungan itu, program Ceramah Umum ini bertujuan untuk berkongsi ilmu, memberi inspirasi dan secara tidak langsung menyediakan peluang terbaik untuk para hadirin untuk berinteraksi secara terus dengan Profesor Ei-Ichi Negishi sebagai seorang pemenang Anugerah Nobel.

Dalam ucapan aluan Naib Canselor UNIMAS sempena ceramah umum ini, beliau menyatakan bahawa adalah diharapkan bahawa seramai 315 orang pelajar pasca siswazah UNIMAS dalam bidang sains dapat mempelajari bagaimana penyelidikan saintifik dapat memajukan negara dan manusia sejagat. Menurut beliau lagi, UNIMAS kini semakin maju dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

Pada tahun 2015 sahaja, UNIMAS telah berjaya mendapatkan 62 geran penyelidikan yang bernilai keseluruhan sebanyak RM5.3 juta, dan harta intelek bernilai RM1.4 juta telah difailkan. Beliau berharap agar para ahli akademik dapat terus bergiat aktif dalam penyelidikan berimpak tinggi yang akan menghasilkan ilmu yang bermanfaat kepada manusia sejagat.

Program Ceramah Umum ini berlangsung sempena International Conference for Chemistry Education (ICCE) dan International Symposium on Pure and Applied Chemistry (ISPAC) pada 15-20 Ogos 2016.

Ceramah ini terbuka kepada masyarakat setempat terutamanya ahli-ahli akademik, guru-guru dan pelajar-pelajar menengah atas.

 
Attachment(s):
 
 
Demo