Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS bina mikro hidro di Kampung Pa’Rampoh, Bario
Wednesday 03 August 2016, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2467
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
featured.jpeg

pix3 pix7

Bario, 3 Ogos 2016 – Majlis Pelancaran dan Penyerahan Projek Mikro Hidro Kampung Pa’Ramapoh A & B, Bario, Miri, Sarawak telah dirasmikan oleh
Ahli Dewan Undangan Negeri N78, Mulu, merangkap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Yang Berhormat Datuk Gerawat Jala baru-baru ini.

Turut hadir semasa majlis pelancaran ialah Naib Canselor UNIMAS, YBhg Prof Dato' Mohamad Kadim Suaidi.

Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) ini dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan dilaksanakan
oleh Pusat Tenaga Boleh Diperbaharui (CREN) dari Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS.

Tapak projek ini yang terletak di sebuah aliran sungai dengan sumber airnya adalah air tadahan daripada kawasan berbukit ini merupakan
sebahagian pemangkin kepada perubahan dan memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat Kerajaan bagi membaiki mutu kehidupan rakyat
menjelang tahun 2020.

Kampung Pa’Rampuh terletak di dataran tanah tinggi Kelabit di timur laut, Sarawak dengan aktiviti ekonomi utama penduduk kampung adalah dalam
sektor pertanian terutamanya penanaman padi serta penanaman buah sitrus seperti nenas.

Sebelum ini, penduduk kampung bergantung sepenuhnya dengan Janakuasa Diesel sebagai sumber tenaga elektrik bagi menjalankan aktiviti-aktiviti
ekonomi dan kegiatan harian mereka. Hal ini kerana, perkampungan ini tidak disambung dengan bekalan elektrik secara talian Grid.

Sistem Janakuasa Diesel mempunyai kelemahannya yang tersendiri seperti mengeluarkan asap semasa beroperasi serta mengeluarkan bunyi bising yang
boleh menimbulkan ketidakselesaan penduduk setempat, malahan penduduk kampung juga terpaksa memperuntukan sebahagian daripada pendapatan mereka
untuk menghidupkan Janakuasa Diesel.

Tujuan utama projek ini adalah untuk membina serta membuat penyelidikan infrastruktur Hidro-Mikro, menjana dan membekalkan tenaga elektrik
menggunakan kuasa hidro (air) ke Kampung Pa’ramapuh.

Projek ini telah siap sepenuhnya semenjak September 2015 dan kini berada dalam tempoh tanggungan kecacatan sehingga dua belas (12) bulan dan ia
telah beroperasi menjana tenaga elektrik secara percuma sehingga kini.

Dengan bentuk topografi mukabumi yang positif, sebuah empangan untuk menadah air yang mencukupi dapat dibina. Selain itu, aliran air sungai yang
mengalir berterusan sepanjang tahun serta kurang/tiada aktiviti pembalakan di sekitar kawasan tersebut menjadikan ianya sebuah tempat yang
sangat berpotensi untuk sistem hidro mikro dibangunkan.

Mempelajari kesan dari bentuk mukabumi tersebut, dan potensi yang sangat cerah untuk menjana kuasa elektrik yang lebih tinggi dari sumber tenaga
semulajadi iaitu hidro, yang sedia ada, ahli penyelidik di Pusat Tenaga Boleh Diperbaharui (CREN) di Fakulti Kejuruteraan UNIMAS telah memohon
kepada KeTTHA untuk membiayai satu projek hidro mikro di kampung tersebut.

Berdasarkan “UNIMAS Micro Hydro Community Based Framework" dan bersandarkan komitmen penduduk kampung yang sangat menggalakkan, CREN (UNIMAS)
telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan dan membina Projek Mikro Hidro ini.

Objektif utamanya adalah untuk menjana elektrik secara percuma menggunakan kuasa hidro dengan kuasa yang dijana ini, penduduk kampung tidak
perlu lagi menghidupkan janakuasa diesel yang memakan belanja besar dan hanya dapat beroperasi pada waktu terhad sahaja.

Bekalan elektrik dari sistem hidro mikro ini akan digunakan untuk kegunaan asas mereka seperti lampu, kipas angin, peti ais berkuasa rendah,
televisyen, radio dan sebagainya. CREN juga komited membantu serta merangka beberapa program sosio-ekonomi untuk menggalakan penduduk kampung
menceburi bidang perniagaan berasaskan hasil hutan sekaligus meningkatkan kualiti hidup penduduk kampung melalui bekalan elektrik yang sedia
ada.

CREN juga telah menjalankan aktiviti-aktiviti seperti mengkaji, penyelidikan, merancang dan membangunkan sosio ekonomi penduduk kampung melalui
perancangan yang rapi dan komitment yang tinggi, sebelum, semasa dan selepas siap dipasang dengan harapan ianya akan menjadi contoh dan model
untuk projek-projek serupa di kawasan yang lain, khususnya di pedalaman Sarawak dan bagi penduduk yang memerlukan.

Penduduk kampung juga tidak perlu lagi risau mengenai situasi gangguan bekalan elektrik kerana mutu bekalan elektrik telah dipertingkatkan
dengan penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga solar yang kini dijadikan alternatif bekalan tenaga elektrik ketika musim kemarau.

Kini, penduduk kampung telah mempunyai dua (2) sumber tenaga elektrik dari tenaga yang boleh diperbaharui. Penjanaan tenaga elektrik percuma ini
seterusnya dapat merangsang aktiviti sosio-ekonomi masyarakat setempat. Penduduk kampung juga telah merancang beberapa aktiviti ekonomi dengan
menggunakan tenaga elektrik yang dijana ini kepada projek seperti ternakan ikan secara komersial, pemprosesan beras Bario menjadi Tepung Beras
Bario serta pemprosesan air tebu dan n.enas

Selain itu, bagi mengekalkan kemampanan sistem Hidro Mikro ini, satu jawatankuasa khas yang terdiri daripada penduduk kampung telah ditubuhkan.
Jawatankuasa tempatan ini dipertanggungjawabkan untuk menjalankan peranan melalui aktiviti pemantauan dan penyelenggaraan yang sistematik dan
terancang. Dengan melibatkan pihak komuniti dalam proses pelaksanaan projek, UNIMAS yakin sistem ini mampu dinikmati dalam jangka masa yang
panjang.

 
Attachment(s):
 
 
Demo