Events Calendar

Download as iCal file
InTEX16 : Medan buat penyelidik tonjol inovasi R&D
Wednesday 25 May 2016, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2025
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
intex1.png

intex2intex3

intex4intex5

 

Kota Samarahan, 25 Mei 2016 : Sebanyak 34 pingat emas telah disampaikan kepada para penyelidik sempena dengan ‘Innovation Technology Expo 2016’ ( InTEX16) di DeTAR PUTRA, UNIMAS, petang kelmarin.

Penyampaian pingat dan sijil kemenangan kepada barisan penyelidik telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah.

Dalam ucapan, Datuk Dr Abu Bakar menyeru supaya pihak universiti mempromosikan ciptaan penyelidikan masing-masing di peringkat universiti sebelum meng-komersialkannya di peringkat lebih besar.

Ini kerana, kata beliau, kerajaan bimbang meskipun ledakan penyelidikan inovasi baharu semaking meningkat, namun ia tidak dapat mencapai ke peringkat antarabangsa.

 “ Kita tidak mempunyai sebarang masalah untuk mempromosi penyelidikan inovasi baharu kita sama ada di peringkat sekolah mahupun universiti namun kebanyakannya masalah adalah di peringkat pasaran terbuka atau antarabangsa.

“ Oleh demikian, kita menyarankan penyelidikan inovasi baharu itu diketengahkan di peringkat universiti dahulu sebelum dikomersialkan ke peringkat lebih tinggi,” katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor UNIMAS (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Kopli Bujang dalam ucapan mengalu-alukan kehadiran Datuk dr Abu Bakar yang dilihat dapat menyuntik semangat kepada warga UNIMAS untuk terus  mengembangkan bidang penyelidikan dan inovasi demi memangkinkan pembangunan universiti dan Negara.

Beliau berkata, InTEX16 kali ini  menyaksikan 241 produk inovasi dan teknologi dalam empat kategori iaitu  Sains Tulen dan Gunaan, Sains Sosial dan Kemanusiaan, Teknologi dan Kejuruteraan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

“ Peningkatan ini memberi gambaran yang cukup positif terhadap usaha UNIMAS untuk membudayakan penyelidikan dan inovasi di kalangan pensyarah dan pelajar. Ini adalah sejajar dengan misi dan visi penyelidikan UNIMAS untuk menjadi sebuah institusi yang tersohor dengan penyelidikan berkualiti, serta mendokong penyelidikan yang relevan  kepada keperluan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, produk yang berjaya memenangi pingat dalam InTEX 2016 ini mempunyai potensi untuk mewakili UNIMAS di ekspo yang serupa di peringkat kebangsaan dan di peringkat antarabangsa

Sementara itu, ekspo berkenaan merupakan kali kesembilan diadakan di mana tahun ini penjenamaan semula nama ekspo dilakukan dikenali sebagai “Innovation Technology Expo 2016” atau  InTEX16.

InTEX16 merupakan salah satu inisiatif UNIMAS dalam memartabatkan hasil-hasil penyelidikan oleh para akademik ke persada industri R&D global.

InTEX16 kali ini juga agak unik kerana, bukan hanya disertai di kalangan penyelidik UNIMAS sahaja namun telah melebarkan sayapnya dengan penyertaan oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang lain.

InTEX16 bakal membawa suasana baru kepada para pempamer yang bakal mempertandingkan poster dan hasil penyelidikan yang berpotensi untuk dibangunkan dalam menggarap keperluan penduduk persekitaran khususnya dan Malaysia umumnya.

Pelbagai program harian dijalankan sepanjang ekspo ini berlangsung seperti sesi-sesi perkongsian harta intelek dan inovasi oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan agen paten, ProIP Sdn Bhd. InTEX16 juga dijangka akan menerima kunjungan daripada individu serta kumpulan pelajar, penyelidik, industri, pelabur dan penduduk sekitar.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo