Events Calendar

Download as iCal file
Pelajar Phd UNIMAS, Dr Dhesi terima anugerah ‘Life Science’di London
Tuesday 17 May 2016, 08:00am - 05:00pm
Hits : 4191
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Congrats.png

Dhesi photo1Dhesi photo2

KOTA SAMARAHAN, 17 Mei 2016 :  Setinggi-tinggi tahniah kepada Dr Dhesi Baha Raja, pelajar program Doktor Sarjana Kesihatan Awam di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan  atas kejayaan beliau menerima Anugerah‘ Life Science of Pistoia Alliance Europen Conference 2016’ bertempat di King College, London, baru-baru ini.

Kejayaan cemerlang ini sekaligus mengharumkan nama UNIMAS di peringkat global sebagai universiti yang pernah melahirkan pelajar yang berjiwa besar, berkepakaran tinggi dalam bidang kesihatan dan berinovasi di dunia.

Sebelum ini, pakar epidemiologi yang berasal dari Sabah ini  bersama dengan rakan-rakan beliau iaitu Jamal Robinson (Amerika Syarikat), Rainier Mallol (Republik Dominika) dan Zhen Zhang (China/Amerika Syarikat juga merupakan pencipta teknologi Artificial Intelligence in Medical Epidemiology atau AIME  .

AIME merupakan aplikasi indeks denggi yang boleh membantu meramal kawasan berisiko wabak denggi di sesuatu kawasan atau memberi amaran kepada wabak potensi 1-3 minggu lebih awal.

Dr Dhesi bukan baharu dalam merekacipta inovasi. Beliau juga pernah mencipta Sistem Pintar Dalam Talian dipanggil ‘I-DAFTAR’ iaitu sistem yang boleh membantu mengurangkan  kesesakan dan bebanan tugas di klinik kesihatan.

Inovasi kedua beliau dipanggil  ‘I-Kelahiran’ iaitu sistem yang membantu menyusun data kelahiran dan mengesan risiko tinggi kehamilan telah digunakan di 43 buah hospital dan lebih 592 klinik kesihatan di seluruh negara.

Dr Dhesi juga pengasas portal kesihatan terkemuka dalam talian iaitu ‘Malaysia Medical Gazette’ di mana kebanyakan penulis ruangan tersebut terdiri daripada pakar kesihatan dengan 10,000 pembaca setiap hari.

Antara kejayaan lain yang pernah dimenangi beliau seperti Analisis Data Besar oleh MDEC, IBM & Microsoft dan dipilih oleh ‘Forbes International’ sebagai antara 40 finalis untuk 'Changers World' dengan hadiah bernilai 1 juta USD.

Kepakaran beliau di dalam kepintaran artifikal , perubatan dan analisis data besar, melayakkan beliau terpilih sebagai  angkasawan analog  dan anak kapal saintis di bawah kru 158  misi Marikh tanpa sempadan dengan kerjasama NASA ke Stesen Penyelidikan Padang Pasir Marikh.

Tahniah Dr Dhesi Baha Raja dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS.

 
Attachment(s):
 
 
Demo