Events Calendar

Download as iCal file
HRD Week 2016 Memberi Penekanan Aspek Keseimbangan Hidup Bekerja serta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Kalangan Warga UNIMAS
From Wednesday 27 April 2016 -  08:00am
To Friday 29 April 2016 - 05:00pm
Hits : 1763
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
DSC_4500 Resize.jpg

DSC 4483 Resize

DSC 4500 Resize

KOTA SAMARAHAN, 27 April 2016 : Program HRD Week 2016 yang diadakan di Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) pada tahun ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datu Hatta Solhi, Pengerusi Lembaga Pengarah,Universiti Malaysia Sarawak

Program yang dianjurkan oleh pelajar tahun tiga Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ini menggabungkan dua kempen sekaligus iaitu, kempen Keseimbangan Hidup Bekerja dengan bertemakan ‘Don’t Make a Living, Make Life’ dan Kempen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang bertemakan ‘You are the Key to Safety’.

“Saya yakin majlis ini sangat signifikan kerana ia mempamerkan komitmen Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia ke arah meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan keseimbangan hidup bekerja serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kalangan para pelajar mahupun warga UNIMAS.” Kata yang Berbahagia Datu Hatta Solhi, Pengerusi Lembaga Pengarah,Universiti Malaysia Sarawak menerusi ucapan beliau.

Program ini sangat bersesuaian dengan objektif program iaitu ingin menampilkan gaya hidup sihat dan selamat dalam kehidupan seharian diri warga UNIMAS dan masyarakat setempat. Selain daripada itu, program ini juga mendedahkan para pelajar kepada acara pengurusan majlis, memupuk semangat kerjasama pelajar di dalam satu pasukan serta memberi peluang kepada para pelajar menimba pengetahuan dalam menyeimbangkan kehidupan dan karier di masa akan datang serta peka dengan isu-isu semasa mengenai keselamatan dan kesihatan pekerja.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Kadim Suaidi menerusi ucapan beliau juga berkata keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan satu elemen penting dalam memastikan kesejahteraan pekerja terjaga. Kerajaan Malaysia sendiri telah menekankan kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja seawal tahun 1990-an dengan pengwujudan perundangan khusus bagi melindugi keselamatan dan kesihatan pekerja memandangkan kebanyakan kemalangan berlaku disebabkan kurangnya pengetahuan terhadap aspek ini.

Bersempena HRD Week 2016 ini juga turut diadakan pelancaran  dua (2) buah buku yang telah dihasilkan oleh pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia iaitu ”Contemporary Research on Work Life Balance in Malaysia” dan “Performance Appraisal for Organization”.

Selain daripada itu, pelbagai aktiviti juga diadakan sepanjang kempen yang berlangsung selama empat (4) hari seperti ceramah daripada agensi-agensi luar (Malaysia Productivity Corporation, Jabatan Tenaga Kerja, Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM), JPAM dan DOSH), Ngajat, Zumba Dance, persembahan Muay Thai, derma darah, pendaftaran pendermaan organ, pemeriksaan kesihatan, pembentangan poster dan banyak lagi.

 
Attachment(s):
 
 
Demo