Events Calendar

Download as iCal file
UNIMASTAGE Pentaskan Teater Greek
Wednesday 20 April 2016, 08:00am - 05:00pm
Hits : 3934
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
UNIMASStage.jpg

UNIMASStage2

UNIMASStage3

Kota Samarahan, 4 Disember 2015 : Pementasan teater Greek gabungan pelajar tahun Satu dan Dua Program Drama dan Teater, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) dipentaskan di Panggung Ekperimen, FSGK, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). 

Teater tragedi ‘Antigone’ terjemahan Ahmad Yatim dipentaskan selama dua hari merupakan sebahagian daripada tugasan dalam kursus yang diambil oleh pelajar iaitu GKD2114 Produksi Teater II bagi pelajar tahun Dua manakala GKD1013 Seni Lakonan Awal bagi pelajar Tahun Satu dan melalui pementasan ini kemampuan pelajar dinilai melalui pengaplikasikan ilmu teori asas lakonan proses pengurusan praproduksi, produksi serta pascaproduksi sesebuah pementasan secara profesional.

Menurut pengarah pementasan teater tersebut, Syarafina Abdullah atau nama pentasnya Sharon Syarafina berkata, “Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, para pelajar diberi pendedahan awal serta pengalaman praktikal dalam mementaskan sebuah produksi dengan jawatan pengurusan serta artistik yang telah dilantik. 

“Sama ada berkerja secara individu mahupun berkumpulan, para pelajar turut didedahkan juga dengan ketrampilan diri (softskills) apabila berkerja di dalam sebuah produksi,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, pelajar Tahun Dua (2) didedahkan serta diberi bantuan teknikal serta seliaan minima dipertanggungjawabkan dan diuji kemampuan mereka dari segi pengurusan tadbir, artistik serta keupayaan mencari solusi kepada permasalahan yang timbul sepanjang proses praproduksi, produksi dan pascaproduksi, manakala untuk pelajar Tahun Satu (1) diberi bimbingan sepenuhnya daripada pensyarah, teknik lakonan dari segi proses pembinaan dan penghayatan watak yang melibatkan mental, emosi dan fizikal pelajar.

Pengurus produksi Antigone, Yalani Moghan berkata beliau mempelajari cara mengurus sebuah produksi yang melibatkan prosedur dan individu pelbagai ragam. Bagi beliau pengalaman ini baik untuk proses pembelajaran dan pengalaman sepanjang hayatnya kerana didedahkan bukan sahaja pada sukatan pengajian tetapi turut mempelajari cara komunikasi yang berkesan dalam menanggani masalah dan stress sepanjang proses untuk menjayakan produksi. 

Nurul Nazihah selaku pengurus pentas menyatakan, seorang pengurus pentas harus peka dalam memastikan perubahan blocking yang diarahkan oleh pengarah. Dan perkara yang paling kritikal buat seorang pengurus pentas adalah untuk memastikan cue disampaikan adalah jelas dan diterima dengan baik oleh unit teknikal yang melibatkan elemen kekaguman bagi memastikan kelancaran pementasan. 

“Mereka beraksi di atas pentas ini buat kali pertama dan banyak tempoh masa yang perlukan untuk menghafal skrip sehingga pembinaan watak tersebut sebati dengan diri pelakon,” kata Nurul Nazihah yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan kelancaran proses latihan bersama perlakon sepanjang praproduksi.

Nor Zaireena Raslee dengan nama singkatannya Anne bermain watak protagonis, Antigone berkata, sepanjang proses latihan beliau mengaku berlakon itu tidak mudah terutama apabila hendak merealisasikan tekaanan emosi watak tragedi dan bebanan hidup yang dialami watak itu terlalu tragis, namun proses yang dijalankan bersama pensyarah dengan segi input motivasi pembinaan watak dan penghayatan lebih mendalam dapat dilaksanakan dan ini adalah pengalamannya berlakon di atas pentas.

“Kesakitan yang tragis pada watak Antigone dapat dirasai sehingga terbawa-bawa ke luar pementasan. Namun begitu sebenarnya pementasan ini mampu mengajak masyarakat untuk memahami liku-liku kehidupan yang banyak memberi pengajaran dan menghargai nilai sesuatu karya serta kami sebagai pelakon sewajarnya melakukan persembahan dengan sempurna seperti seorang anak seni.”

Apabila ditanya mengapa teks Greek menjadi pilihan untuk dipentaskan, Syarafina menjawab bahawa teater tragedi seperti skrip Antigone ini adalah antara tiga genre yang wajib diketahui dan dipelajari di bawah kursus wajib Program Drama dan Teater iaitu GKD1143 Pengenalan Mise-en-scene.

Antigone merupakan skrip drama pentas berunsur tragedi yang mengisahkan Antigone mengingkari titah Raja Creon yang melarang untuk menyentuh jasad abangnya, Polyeneices yang terkorban dalam medan perang untuk dikebumikan dan memanjatkan doa kepada roh si mati. Undang-undang buatan manusia itu, tidak menjadi penghalang Antigone untuk memberi penghormatan ke atas kematian abangnya. Akibat ingkar, Antigone telah ditangkap dan dipasung lalu dia memberontak menggatungkan dirinya bagi memperlihat kepada Raja Creon tentang kebesaran undang-undang Tuhan yang akhirnya mengundang  kematian buat putera bongsu Raja Creon, Haemon dan permaisuri, Eurydice disusuri degan sesalan Raja Creon.

Antara karya Greek yang pernah dipentaskan oleh UNIMASTAGE sebelum ini adalah Lysistrata (2013) karya Aristophanes, dramatari Medea (2014) karya  Euripides  dan terkini Antigone (2015) karya Sophocles.

Oleh:  Mohamad Shahiman Firdaus Mohd Latif

Gambar oleh: Shahrul Affendi Ishak

Attachment(s):
 
Demo