Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS lahirkan graduan ‘tertua’ dalam sejarah konvokesyen
Wednesday 30 October 2019, 02:00pm - 05:00pm
Hits : 3421
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
konvo tua 4.jpg

konvo tua2Konvo tua1

Konvotua5

KOTA SAMARAHAN, 30 Oktober 2019: Sidang pertama Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-23 pada 28 Oktober lepas mencipta sejarah tersendiri apabila dua orang graduan yang diraikan pada pembuka sidang konvokesyen itu merupakan graduan ‘tertua’ yang belum pernah dilahirkan oleh Universiti ini.

Dua graduan tersebut merupakan penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) iaitu Yap Yin@Kee Kong berusia 74 tahun dan Datuk Lau Pang Heng berusia 67 tahun, kedua-duanya merupakan graduan dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UNIMAS.

Yap Yin telah menjalankan penyelidikan tentang ‘National Unity and Integration’ manakala Datuk Lau menjalankan penyelidikan bertajuk ‘Community Policing and Crime Prevention in Kuching, Sarawak’.

Yap Yin semasa ditemui selepas sidang pertama mengucapkan rasa syukur kerana diberi kesihatan baik hingga memudahkan beliau menghabiskan pengajian PhD di Universiti ini.

“ Saya menamatkan pengajian terakhir hampir 50 tahun lalu di sebuah Universiti di Scotland pada tahun 1970-an dan cadangan untuk memulakan penyelidikan di UNIMAS adalah pada tahun 2003.

“ Jika saya terlalu memikirkan batasan usia, sudah tentu 50 lepas saya sudah berhenti belajar. Tetapi saya bersyukur kerana diberi kesihatan baik sehingga dapat berdiri di pentas konvokesyen sekali lagi dan membuktikan bahawa usia bukan halangan untuk berjaya dalam pelajaran,” kata beliau yang merupakan bekas Pensyarah di UiTM Kota Samarahan.

Manakala Datuk Lau yang merupakan Pengerusi Persatuan Kepolisan Komuniti Sarawak (SCPA) berkata, minat untuk mendalami dan mengetahui tentang amalan kepolisian komuniti dan pencegahan jenayah di Sarawak telah menjadi dorongan untuknya melanjutkan pengajian di UNIMAS.

“ Saya bertekad melakukan penyelidikan untuk topik berkenaan bermula dari tahun 2016. Saya tidak merasa merasa bahawa saya sudah tua,” katanya sambil berharap penyelidikan yang dilakukan akan dapat digunakan untuk pembangunan masyarakat dan komuniti.

Selain itu, dalam sidang pertama, graduan anak yatim piatu bernama Nur Hanisah Basuan dari Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS) telah dianugerahkan Anugerah Pelajaran DiRaja.

Beliau yang pernah mendapat enam kali Anugerah Dekan, penerima biasiswa Daiken Scholarship dari Daiken Corperation di bawah Persatuan Kayu Sarawak (STA) dan penerima hadiah Zamzalah Penyelidikan Naib Canselor 2019 menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian dalam peringkat Ijazah.

Kehilangan ibu pada usia dua tahun disebabkan penyakit asma dan pada usia 17 tahun, ayahnya pula kembali menghadap Illahi disebabkan kanser limfoma dan bermula saat itu, beliau dan abangnya telah dijaga oleh datuknya, Abang Kerny Abang Abdul Razak, 74, dan neneknya, Horiah Mahruf, 73 tahun.

 
Attachment(s):
 
 
Demo