Events Calendar

Download as iCal file
Research Open Day FSKPM platform promosi penyelidikan dan pembangunan inovasi
Wednesday 11 September 2019, 08:00am
Hits : 1008
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
research1.jpg

 

research3research2

research4

 

Kota Samarahan, 11 September 2018: Penyelidikan dan penerbitan adalah dua agenda besar di UNIMAS dan kerana itu, para penyelidik terdiri dari pensyarah-pensyarah perlu merancang hasil penyelidikan mereka ke arah inovasi seterusnya mengkomersilkan inovasi tersebut dengan mendapat geran dari dalam negeri dan luar negara.

Timbalan Naib Canselor UNIMAS (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim berkata selain itu, pengkomersilan sesuatu produk juga merupakan satu cabaran bagi bidang sains sosial, namun dengan mekanisme yang betul, pasti dapat menyakinkan rakan strategik kita dari industri.

“ Namun, apa yang penting, inovasi dari kajian ini dapat dimanfaatkan bersama dengan masyarakat kita di sekeliling, komuniti setempat dan setiap individu,” kata beliau semasa berucap pada Majlis Perasmian Hari Terbuka Penyelidikan (Research Open Day) Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) UNIMAS hari ini.

Beliau berkata, penyelidikan merupakan salah satu tujahan utama di UNIMAS dengan empat kluster penyelidikan iaitu Arts, Humanities and Management, Engineering and Technology, Medicine and Life Sciences dan Natural Sciences.

Jelas beliau, sebagai bukti, FSKPM sendiri telah mencerminkan kepakaran yang multidisplin bidang tersendiri sebagai contoh bidang Sains Kognitif- yang bermaksud study of mind- mempunyai enam sub displin yang boleh dikembangkan seperti bidang Kognisi, Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence), Psikologi, Falsafah, Neurosains, dan Linguistik.

“ Kepelbagaian displin telah mencorak pembentukan sebuah fakulti yang menitikberatkan aspek kemanusiaan dalam pengaplikasian teknologi maklumat. Sebagai penyelidik, aspek kemanusian amat penting- bagaimana manusia berfikir, bertindak dan beremosi apabila melakukan sesuatu.

“ Selain itu, adalah penting juga untuk para penyelidik menimbang faktor manusia dalam mengaplikasikan teknologi kerana negara sekarang ini menuju ke arah Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Trend IR 4.0 dijangka untuk mengubah cara gaya hidup, cara bekerja dan berkomunikasi, termasuk juga mengadaptasi nilai-nilai ketimuran kita, ini termasuklah bagaimana kita menilai nilai-nilai kita di masa hadapan sejajar dengan pembangunan,” sambungnya lagi.

Dalam pada itu, FSKPM telah menganjurkan Hari Terbuka Penyelidikan dengan tujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat awam tentang peluang melanjutkan pendidikan tinggi, penyelidikan dan inovasi serta komersil dalam bidang pembangunan sumber manusia, sains kognitif, kaunseling dan psikologi.

FCSHD Research Open Day bertema ‘’Engagement and Visibility’’ ini berlangsung pada 11 hingga 12 September 2019 di FSKPM UNIMAS dan menjadi platfrom untuk berkongsi peluang penyelidikan dan pembangunan inovasi dengan agensi kerajaan dan swasta dalam pelbagai projek penyelidikan pembangunan sumber manusia, masyarakat dan teknologi, dengan menampilkan showcase terkini kemahiran dan kepakaran Fakulti serta ‘’medalist’’ projects yang merangkul medal peringkat antara bangsa dan kebangsaan.

Agensi kerajaan dan syarikat swasta juga berpeluang mendapatkan maklumat tentang Certified Trainers dan Konsultan yang berpengalaman luas dalam bidang pakar dalam Psikologi, Kaunseling, Pembangunan sumber manusia dan Sains Kognitif & Teknologi Pintar yang mampu menyumbang program latihan dan intervensi berimpak dalam organisasi klien agensi kerajaan dan swasta.

Masyarakat akan mendapat manafaat dari research showcase terbaik dan terkini tentang peluang pendidikan tinggi peringkat Sarjana dan Kedoktoran dalam bidang pasaran kerja masa kini dan masa hadapan seperti Pembangunan Sumber Manusia kontemporari, Sains Pembelajaran, Kaunseling, Psikologi, dan Sains Kognitif dan Teknologi Pintar.

 
Attachment(s):
 
 
Demo