Events Calendar

Download as iCal file
PERTANDINGAN KAROM TERBUKA ANJURAN CITYONE & KELAB OOHA
Tuesday 09 July 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1266
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
iu.jpg

Pada 22 Jun 2019 yang lalu, pasukan karom UNIMAS telah menghantar lima pasukan untuk bersaing di Pertandingan Karom Terbuka Anjuran CityOne dengan kerjasama Kelab OOHA. Dalam pertandingan yang telah dilangsungkan di tingkat bawah pusat beli-belah CityOne tersebut, seramai 28 pasukan telah mengambil bahagian.

 

Pasukan dari UNIMAS iaitu Pasukan HR Punch menunjukkan prestasi yang cemerlang apabila menjadi Naib Johan selepas tewas kepada Pasukan KK Ohaa Joker di perlawanan akhir. Satu lagi pasukan daripada UNIMAS iaitu Pasukan MAD Karom berkongsi tempat ketiga bersama dengan Pasukan Mangchi-Mangthi selepas tewas kepada pasukan juara iaitu KK Ohaa Joker di peringkat separuh akhir.

 

Pasukan HR Punch yang diwakili oleh En. Rozaini Ahmad dan En. Muhamad Hazlan B. Yusuf membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 350 berserta trofi manakala Pasukan MAD Karom yang diwakili oleh En. Abdul Rahman Bin Abdul Latiff daripada UNIMAS yang bergandingan dengan En. Dev Bin Zaini daripada Pejabat Kesihatan Kota Samarahan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 200 dan trofi selaku pemenang tempat ketiga.

 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan daripada UNIMAS yang telah bertanding di kejohanan tersebut. Semoga terus berjaya dan mendapat keputusan yang memberansangkan di kejohanan atau pertandingan yang akan datang.

 
Attachment(s):
 
 
Demo