Events Calendar

Download as iCal file
Pelancaran buku adat resam Melayu di Sarawak
Friday 06 July 2018, 02:00pm - 05:00pm
Hits : 1820
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
masnita.jpg

KOTA SAMARAHAN, 5 Julai 2018 : Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan, kata Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suadi dalam majlis pelancaran buku Keunggulan Adat Resam Melayu Sarawak Pada Hari Raya Aidilfitri, pagi tadi di Dewan Bankuet DeTAR PUTRA UNIMAS.

Menurut beliau, adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut.

“ Dalam konteks ini adat resam Melayu Sarawak semasa menyambut Aidilfitri seperti yang diketengahkan dalam buku ini adalah unik, sangat menarik dan dilalui oleh sebilangan besar masyarakat Melayu Islam yang terdahulu.

“ Kemungkinan besar juga hanya dialami oleh sebilangan kecil masyarakat Melayu Islam masa kini. Acara menangguk contohnya atau dikenali sebagai menyadak wang sumbangan daripada para jemaah selepas menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri di surau atau masjid hanya berlaku di Sarawak,” katanya.

Beliau memuji usaha penulis merakamkan pelbagai aspek adat melayu Sarawak semasa Hari Raya Aidilfitri untuk memastikan ianya tidak hilang ditelan dek zaman dan membolehkan generasi muda terutama sekali mengetahui serta memahami adat resam.

Sementara itu, buku bertajuk Keunggulan Adat Resam Melayu Sarawak Pada Hari Raya Aidilfitri itu merupakan nukilan dari bekas kakitangan UNIMAS, Cik Junaidah Amen iaitu buku yang berkisarkan adat resam Melayu Sarawak pada musim perayaan hari raya.

Ia merupakan hasil pemerhatian penulis mengenai adat resam di kampung-kampung Melayu di Kuching serta temu bual bersama pakar-pakar adat resam di negeri ini.

Turut hadir pada majlis pelancaran buku tersebut ialah Yang DiPertua Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA), Datin Kartini Ahmad, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Pendaftar, Pegawai-pegawai dan kakitangan UNIMAS.


Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo