Events Calendar

Download as iCal file
Bengkel e-Commerce Songket dan Keringkam Sarawak
Thursday 12 April 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 146
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
SK_01.png

KOTA SAMARAHAN, 10 APRIL 2018: Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Malaysia Sarawak dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak telah menganjurkan Bengkel e-Commerce pada 10 hingga 11 April bertempat di Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FSKTM). Seramai 24 peserta yang menghadiri bengkel selama dua hari ini. Peserta-peserta terdiri dari pengusaha serta penenun songket dan penyulam keringkam dari kampung di sekitar Kuching, Kampung Gedong, Kampung Mang, dan Kampung Kuala Rajang. Objektif bengkel ini adalah untuk membantu pengusaha serta penenun songket dan penyulam keringkam dari segi pemasaran dan penjualan secara digital selari dengan hasrat negeri Sarawak ke arah ekonomi digital. Dengan adanya program sedemikian dapat membantu untuk mengekalkan tradisi warisan Sarawak supaya tidak pupus, dan juga meningkatkan ekonomi ke peringkat global.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh pensyarah FSKTM di bawah Projek Inovasi Songket dan Keringkam Sarawak.

 

SK 02

 

SK 03

 

SK 04

 
Attachment(s):
 
 

Back

Demo