Events Calendar

Download as iCal file
KPTN Zon Sarawak catat jumlah pengunjung tinggi
From Monday 09 April 2018 -  10:00am
To Tuesday 10 April 2018 - 05:00pm
Hits : 1173
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
kptn5.jpg

kptn2kptn3kptn4kptn6 okptn7kptn8

kptn9kptn10kptn11

 

KOTA SAMARAHAN, 9 April 2018 : Karnival Pendidikan Tinggi Negara ((KPTN) 2018  Zon Sarawak yang diadakan selama dua hari bermula Sabtu hingga kelmarin, telah mencatatkan jumlah pengunjung seramai 48,851 orang.

Jumlah tersebut merupakan catatan pengunjung yang datang ke KPTN bagi mendapatkan informasi secara bersemuka dengan pempamer-pempamer dalam kalangan Universiti-universiti Awam, Kolej Komuniti, Politeknik, Institut Pengajian Tinggi Swasta dan agensi-agensi lain yang dengan KPT.

Perasmian KPTN Zon Sarawak telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Dato Sri Michael Manyin anak Jawong pada hari Sabtu lepas.

Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Dato’Kamel Mohamad, Timbalan-timbalan Naib Canselor UNIMAS, Dekan-dekan, Pegawai-pegawai tertinggi dan kakitangaan dari KPT, UNIMAS daan agensi-agensi pendidikan berkaitan.

Tahun ini, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi karnival ini yang diadakan bertempat di MYDIN Petra Jaya Kuching.

Turut diadakan semasa majlis perasmian  berlangsung ialah penyerahan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti kepada sebelas orang pelajar dari Kolej Komuniti di Sarawak.

KPTN menetapkan 16 lokasi karnival di seluruh negara bagi tahun 2018 di mana lokasi bagi zon Sarawak dan Perak menjadi zon terakhir untuk karnival ini.

Karnival ini dilihat sebagai pemudahcara dan tempat sehenti bagi ibubapa dan pelajar-pelajar mendapatkan maklumat pendidikan secara jelas dan bersemuka dengan wakil-wakil dari.

Turut disediakan dalam karnival ini ialah penyediaan kiosk UPU Online, konsultasi dari KPT, pembelian pin UPU dari BSN dan maklumat mengenai biasiswa dan tajaan pendidikan dari PTPTN, Yayasan Sarawak dan banyak lagi.

Selain itu, aktiviti lain yang termuat antaranya persembahan muzik dan tarian, perkongsian kejayaan, bicara ikon dari alumni-alumni UNIMAS, demonstrasi Cardiopulmanary Resuscitation (CPR), cabutan bertuah dan banyak lagi.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo