Events Calendar

Download as iCal file
Doktor ‘cilik’ UNIMAS tabur bakti di Kpg Tanjung Bako
From Sunday 04 March 2018 -  03:00pm
To Monday 05 March 2018 - 05:00pm
Hits : 2922
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2018-03-05 at 09.57.35.jpeg

IMG 4294IMG 4181

IMG 4360

KOTA SAMARAHAN, 4 Mac 2018 : Seramai 155 orang doktor ‘cilik’ UNIMAS bakal menghulurkan khidmat dan bakti mereka kepada penduduk Kampung Tanjung Bako selama dua tahun menerusi program anak angkat yang bermula hari ini.

Dalam program tersebut, doktor ‘ cilik’ yang merupakan pelajar doktor perubatan di UNIMAS Tahun 1 Sesi 2017/2018 telah dibahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan dan diserahkan kepada 33 buah keluarga angkat dari Kampung Tanjung Bako.

Program tersebut telah dijayakan bersama oleh Kursus Kesihatan keluarga, Jabatan Perubatan Komuniti dan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UNIMAS dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tanjung Bako.

Menerusi program tersebut, anak angkat akan melawat keluarga angkat masing-masing beberapa kali setahun untuk memberi perkhidmatan dan pemeriksaan rawatan kepada mereka sebelum mereka bergraduasi.

Program anak angkat ini merupakan pendedahan awal kepada bakal doktor tentang kesihatan dan cara hidup masyarakat kampung serta peluang untuk mereka memberi perkhidmatan kepada masyarakat pada masa mendatang.

Hadir menyaksikan penyerahan anak angkat pelajar perubatan tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Haji Hazland Abang Hipni.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UNIMAS, Profesor Dr Kopli Bujang, Timbalan ketua Kampung Tanjung Bako, Encik Bohri Abang, Pegawai-pegawai dan pensyarah-pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS serta penduduk Kampung Tanjung Bako.

Selain dari penyerahan anak angkat, majlis hari ini turut dimeriahkan dengan persembahan tarian dan nyanyian dari kanak-kanak Kampung Tanjung Bako dan pelajar UNIMAS, pameran kesihatan FPSK dan Agensi Antidadah Kebangsaan Sarawak serta saringan kesihatan percuma kepada penduduk kampung.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh :   Ruvi Christina Akat

 
Attachment(s):
 
 
Demo