Events Calendar

Download as iCal file
Peluang rintis pengalaman dan ilmu menerusi KoQ
Thursday 18 May 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2850
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
koq2.png

 

koq1

KOTA SAMARAHAN, 18 Mei 2017 : Lebih 2,000 orang pelajar UNIMAS yang mengikuti kursus kokurikulum berkredit (PPD1032) tidak melepaskan peluang menyertai Karnival Ko-Kurikulum 2017 di Dewan UNIMAS, Kampus Timur, kelmarin.

Karnival tersebut yang bertemakan ‘ Share Moment, Share Culture’ menyaksikan 60 subteras KoQ yang ditawarkan pada semester ini membuka gerai masing-masing dengan mempamerkan aktiviti-aktiviti subteras masing-masing.

Majlis penutupan program tersebut telah disempurnakan oleh Dekan Pusat Pembangunan Pelajar, Profesor Dr Siti Raudzah bt Ghazali.

Dalam ucapan ringkas, Profesor Dr Siti Raudzah menyatakan penganjuran karnival tersebut dapat memupuk kerjasama dan merangsangkan pemikiran kritis para pelajar.

 “ Karnival ini sebagai medium untuk kita mengeratkan silaturahim dalam kalangan pelajar dan staf UNIMAS serta ia dapat menyerlah bakat pelajar dalam hal-hal berkaitan penganjuran majlis.

“ Saya berharap UNIMAS dapat melahirkan generasi pewaris pembangunan negara yang memiliki semangat perpaduan dan kesukanan mecakupi pelbagai rutin kehidupan, berketrampilan baik dan sebagainya,” katanya lagi.

Sementara itu, objektif karnival tersebut adalah untuk meraikan semua pelajar yang mengikuti kursus PPD1032 semester 2 sesi 2016/2017.


Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo