Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS tandatangani MoU serentak dengan UMP dan STIESIA
Tuesday 07 February 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1386
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
UMP1.png

UMP2

 

KOTA SAMARAHAN, 7 Februari 2017 :  Bulan kedua pada awal tahun baharu menunjukkan prestasi yang amat baik kepada UNIMAS dan sebagai bukti, UNIMAS telah menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) serentak, hari ini.

Hari ini, MoU telah ditandatangani di antara UNIMAS dengan Universitas Muhammadiah Palangkaraya (UMP) diikuti MoU kedua di antara UNIMAS dan Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Indonesia (STIESIA).

Majlis menandatangani MoU pertama telah dilakukan di antara Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi Rektor Universitas Muhammadiah Palangkaraya, Dr.H.Bulkani dan disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor UNIMAS ( Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim serta wakil UMP, Dr.H.Muhammad Yusuf.

Manakala MoU kedua ditandatangani di antara Naib Canselor UNIMAS dengan Pengerusi STIESIA, Dr Akhmad Riduwan sambil disaksikan oleh Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIMAs, Profesor Madya Dr Rohaya Mohd Nor dan Timbalan Pengerusia STIESIA, Dr Suwitho.

Antara kerjasama yang bakal dimeterai menerusi MoU ini bersama dengan UMP adalah berkaitan pertukaran pelajar dan staf akademik, kerjasama projek penyelidikan, projek dan konsultasi, penyediaan untuk geran cadangan, kontrak mahupun cadangan dan lain-lain.

Manakala MoU bersama STIESIA menyentuh tentang perkongsian pengetahuan menerusi penglibatan aktif dalam pelbagai bidang seperti seminar, persidangan dan bengkel yang berkaitan dengan pengajaran, penyelidikan dan pentadbiran, kerjasama dalam kertas penyelidikan yang dapat membantu mencapai visi kedua-dua pihak serta kerjasama lain yang berkaitan.

Naib Canselor dalam ucapannya memberitahu terdapat tiga bidang khusus yang menjadi tujahan utama dalam penyelidikan di UNIMAS iaitu biodeversiti dan pemuliharaan alam sekitar, kelestarian transformasi komuniti serta bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

“ Pelajar Indonesia merupakan antara kumpulan pelajar antarabangsa yang cemerlang dari segi akademik dan aktiviti kokurikulum. Kita juga telah memperkenalkan Hadiah Biasiswa Antarabangsa UNIMAS (HBAU) untuk pelajar Indonesia bagi membantu mereka dari segi kewangan,” katanya lagi.

Naib Canselor juga berharap dengan majlis seumpama ini, dapat merancakkan lagi kerjasama antara universiti di dua buah negara ini dalam pelbagai bidang.

Beliau berkata, setakat ini, UNIMAS telah mempunyai seramai 57 orang pelajar warga Indonesia dan 19 orang lagi pelajar pasca-siswazah (program Master dan PhD).

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo