Events Calendar

Download as iCal file
Lawatan SK Tabuan Hilir ke Muzium Anatomi dan Patologi sempena Majlis Program Berkhatan Beramai-ramai (Sunathon)
Thursday 29 March 2018
Hits : 1435
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
IMG-20180317-WA0014.jpg

Pada 17 Mac 2018, pihak Muzium Anatomi dan Patologi telah menerima rombongan pelawat daripada SK Tabuan Hilir bersempena program berkenaan. Rombongan tersebut telah disertai seramai 50 orang yang terdiri daripada 15 orang peserta sunathon, 30 orang ahli keluarga peserta dan 5 orang guru pengiring.

Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan menyemai minat kepada para peserta terhadap bidang sains perubatan. Pelawat juga mendapat ilmu kesihatan dan info mengenai penyakit.

Selain meneliti bahan pembelajaran pelajar perubatan dan kejururawatan, para pelawat juga diberi peluang untuk menjalani ujian Smokerlyzer (mengukur tahap kandungan gas karbon monoksida) serta mendapat maklumat tentang penjagaan kesihatan.

Di samping itu juga, para peserta sunathon juga melakukan aktiviti word search puzzle sementara menunggu giliran untuk berkhatan.

Lawatan ini telah dikendalikan oleh Juruteknologi Makmal Perubatan iaitu Puan Munirah binti Sa’adi dan Encik Mohammad Esa bin Hossen.

 
Attachment(s):
 
 
Demo