Events Calendar

Download as iCal file
Projek Waffle Kiosk
From Wednesday 27 January 2016
To Friday 04 March 2016
Hits : 1581
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
img.waffle.jpg

Aktiviti Rehabilitasi Psikiatri – Memasak (Ceria Food Kiosk)

 

Ceria Food Kiosk ini merupakan program rehabilitasi di bawah seliaan Jabatan Perubatan Psikologi, FPSK untuk pesakit psikiatri setelah mereka pulih dari penyakit pada tahap yang optimum.

 

Objektif projek ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pesakit dalam aspek pemasaran dan menjual produk yang telah dihasilkan dan juga memberi peluang kepada pesakit untuk mendapat pendapatan sampingan.

 

Di samping itu juga, tujuan projek ini adalah untuk melatih pesakit untuk bekerja serta membantu mengembalikan keupayaan atau kebolehan yang boleh menolong mereka untuk lebih bebas dalam masyarakat. Dengan adanya kekuatan, kebolehan dan keyakinan diri pesakit adalah diharapkan agar mereka mampu untuk meneruskan aktiviti harian sediakala.

 

Projek ini telah mendapat bantuan dana dari Persatuan Psikiatri Malaysia (Malaysian Psychiatric Association) melalui program “CIRCLE OF CARE”. Lokasi waffle kiosk ini dijalankan di Tingkat Bawah, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan Sarawak.  Ceria Food Kiosk ini beroperasi pada setiap hari bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

 

Projek ini telah dirasmikan oleh YBhg. Professor Mohd. Fadzil Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Universiti Malaysia Sarawak pada 27 Januari 2016 bertempat di Student Atrium, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UNIMAS. 

 
Attachment(s):
 
 
Demo