Events Calendar

Download as iCal file
UNIMASTAGE mementaskan skrip ‘Berkhidmat untuk Negara’ dan ‘Bukan Gila’
Monday 06 June 2016, 08:00am - 05:00pm
Hits : 3895
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Oleh: Mohamad Shahiman Firdaus Mohd Latif
Gambar oleh: Benedict Chin Wen Sern


Kota Samarahan, 8 Mei 2016: Pelajar Tahun Satu (1) dan Dua (2) dari Program Drama dan Teater, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) bergabung mementaskan teater yang diambil melalui teks Komponen Sastera (KOMSAS) Tingkatan 4 Jaket Kulit Kijang dari Istanbul dan Tingkatan 5 Sejadah Rindu yang bertajuk ‘Berkhidmat untuk Negara’ dan ‘Bukan Gila’ selama dua (2) malam bermula pada 6 hingga 7 Mei 2016 yang lalu di Panggung Eksperimen, FSGK, UNIMAS.

 

Turut hadir menyaksikan pementasan tersebut, Dato’ Haji Ibrahim Saad, Ketua Pengarah Biro Tatanegara Malaysia bersama para pegawai dari Biro Tatanegara Negeri, Dr Thia Sock Siang, Ketua Jabatan Seni Persembahan dan Teknologi Produksi FSGK, UNIMAS pada malam pertama manakala Profesor Madya Dr A.S Hardy Shafii dari Universiti Sains Malaysia (USM) malam kedua pementasan berlangsung.

 

Pementasan kali ini bertujuan untuk menilai kemampuan dan kebolehan pelajar mengaplikasikan ilmu teori dan studio yang dipelajari. Melalui kursus GKD1034 Teater Produksi I, Pelajar Tahun 1 mengurus pementasan secara professional sebagai sebuah organisasi manakala pelajar Tahun 2 dinilai melalui dua (2) buah kursus iaitu GKD2123 Asas Pengarahan Pentas yang membahagikan pelajar kepada dua (2) buah kumpulan untuk bekerjasama dalam pengarahan dan lakonan untuk kedua-dua produksi pada yang sama, bagi kursus GKD2104 Teater dalam Pendidikan menguji kemampuan pelajar untuk menjadikan teater sebagai medium untuk mendidik dan menyampaikan mesej yang ingin disampaikan disamping memperkasakan Bahasa Malaysia dan memberi alternatif pemahaman terhadap teks drama melalui visual.
Menurut Syarafina Abdullah dalam pementasan kali ini, pelajar Tahun 2 diberi peluang untuk mengarahkan sesebuah pementasan seperti mana yang telah mereka pelajari dalam kursus yang ditawarkan begitu juga dengan pelajar Tahun 1 diberi peluang untuk menguruskan sesebuah produksi sebagaimana produksi yang sebenar mementaskan teater yang besar.


Watak utama Aiman Faizullah Khir Ghazali dalam pementasan Berkhidmat untuk Negara, yang dibawa oleh Muhd Ruzaini Khanna menyatakan, “Agak sukar untuk membawa perwatakan tersebut kerana watak yang dibawa olehnya semasa pementasan ini adalah sebagai pelajar Tingkatan 5 dan bagi meghidupkan watak tersebut saya perlu mengimbau kembali zaman persekolahan. Namun sebagai pelajar Drama dan Teater ianya bukan suatu penghalang.”
Berbeza pula dengan Mohamad Syazuwan Jemaan, beliau turut menghadapi kesukaran kerana watak yang digalasnya merupakan seorang yang berperwatakan seperti orang gila tetapi hakikatnya menderita terhadap penyakit yang tidak ditanggung.


“Kesakitan dan perwatakan yang pelu dihadam untuk ditonjolkan kepada para penonton merupakan perkara yang mencabar bagi saya kerana emosi serta lakonan itu perlu seiringan seakan berlagu dan berpuisi,” katanya yang memegang watak utama sebgai Azmir Salleh dalam pementasan teater Bukan Gila.
Berkhidmat untuk Negara karya Affix Zulkarnaen Adam mengisahkan seorang pelajar yang bernama Aiman Faizullah Khir Ghazali mendapat surat menawarkannya menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Aiman berusaha untuk terkecuali dalam menyertainya PLKN tersebut dengan perubahan yg negarif tunjukannya menyebabkan hubungan dengan masyarakat disekellingya menjadi renggang.


Manakala skrip Bukan Gila karya Sharif Shaary mengisahkan kehidupan Azmir Salleh yang ditempatkan ke hospital bahagia kerana masyarakat dan juga ibu bapanya beranggapan dirinya perlu ditempatkan di ad psikiatrik kerana tindakan yag sering mencederakan diri mengundang kegusaran dan kesangsian kewarasan Azmir namun sebenarnya dia cuba melawan sakit barah otak yang dihidapinya.

 

UNIMASTAGE Persembahan Bukan Gila Berkhidmat untuk Negara 1

KENANGAN… Krew produksi dan pelakon yang menjayakan pementasan bergambar bersama Dato' Haji Ibrahim Saad, Ketua Pengarah Biro Tatanegara Malaysia (lapan dari kiri) bersama para pegawai Biro Tatanegara serta Dr Thia Sock Siang, Ketua Jabatan Seni Persembahan dan Teknologi Produksi (berbaju kurung kuning) dan Syarafina Abdullah(berselendang merah) selaku tenaga pengajar.

UNIMASTAGE Persembahan Bukan Gila Berkhidmat untuk Negara 2

PELAKON... Para pelakon pementasan teater KOMSAS yang terdiri daripada pelajar Tahun 2 bergambar bersama pensyarah sambilan, Profesor Madya Dr A.S. Hardy Shafii (bertopi)

UNIMASTAGE Persembahan Bukan Gila Berkhidmat untuk Negara 3

KREW PRODUKSI... Pelajar Tahun 1 Program Drama dan Teater selaku krew produksi pementasan teater KOMSAS bergambar bersama Dato' Haji Ibrahim Saad, Ketua Pengarah Biro Tatanegara Malaysia (berkemeja belang); Dr Thia Sock Siang, Ketua Jabatan Seni Persembahan dan Teknologi Produksi (berbaju kurung kuning) dan Syarafina Abdullah, tenaga pengajar (berselendang merah).

UNIMASTAGE Persembahan Bukan Gila Berkhidmat untuk Negara 4

PEMEGANG WATAK UTAMA... Mohd Ruzani Khanna (kiri) sebagai Aiman Faizullah Khir Ghazali dan Syazwan Jemaan (kanan) sebagai Azmir Salleh

 

 

 

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo