Events Calendar

Download as iCal file
Persembahan Wayang Bayang oleh UNIMASTAGE untuk Taska UNIMAS
Monday 06 June 2016, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1643
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Persembahan Wayang Bayang oleh UNIMASTAGE untuk Taska UNIMAS

Oleh: Mohamad Shahiman Firdaus Mohd Latif

Gambar oleh: Larry Lajinoh, Muhammad Fareez Ahmad Salihin

 

Kota Samarahan, 24 Mei: Seramai 16 pelajar Tahun 2 dari Program Drama dan Teater, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menganjurkan persembahan wayang kulit di Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) UNIMAS.

 

 

Persembahan ini diadakan sebagai salah satu ketetapan dalam kursus GKD2104 Teater dalam Pendidikan menguji kemampuan pelajar untuk menjadikan teater sebagai medium untuk mendekati, mendidik dan menyampaikan mesej kepada komuniti.

 

 

Syarafina Abdullah selaku tenaga pengajar Program Drama dan Teater berkata, para pelajar ini dinilai melalui kursus ini bagi menggunakan teater sebagai medium untuk berhibur dan mendidik serta memupuk semangat kerjasama secara berkumpulan dalam menjayakan projek yang dirancang terutamanya melibatkan organisasi luar.

 

“Kursus ini melihat kemampuan pelajar untuk mendepani cabaran serta memberi peluang kepada pelajar Program Drama dan Teater bagi mementaskan edutainment  di samping itu, mengaplikasikan ilmu teori dan praktikal yang dipelajari dalam Bengkel Main Bayang anjuran Program Drama dan Teater dengan kerjasama Universiti Chulalongkorn, Thailand pada Oktober tahun lalu yang diperoleh daripada Dr Jessada Salathong dan Dr Jirayudh Sinthuphan sebagai penceramah jemputan.”

 

Cerita yang dipersembahkan dalam wayang bayang bertajuk Sang Arnab dan Sang Kura-Kura dan nyanyian dua buah lagu yang didendangkan iaitu Old MacDonald Had A Farm dan Kalau Rasa Gembira.

 

Pengurus Taska UNIMAS, Ulwiyah @ Heldi Mohamad Afif berkata, persembahan yang dilakukan oleh para pelajar Program Drama dan Teater beliau anggap sebagai suatu bonus untuk menyelami kanak-kanak cerita dengan lebih mudah kerana sebelum ini hanya pencerita sahaja bercerita dan mereka hanya mendengar. Apabila persembahan ini diadakan ianya mampu menterjemahkan imaginasi cerita kepada kanak-kanak kerana mempunyai pergerakan sambil di selit dengan nyanyian.

 

Taska UNIMAS telah berkuatkuasa selama 2 tahun dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak pada 12 Mac 2016 yang lalu dan kini telah menerima 53 orang kanak-kanak yang berusia dari 0 hingga 4 tahun.

 

UNIMASTAGE Persembahan Main Bayang Taska Unimas 1

KENANGAN... Pelajar Program Drama dan Teater bergambar bersama kanak-kanak di Taska UNIMAS

UNIMASTAGE Persembahan Main Bayang Taska Unimas 2

TERHIBUR... Kanak-kanak di Taska UNIMAS mencuba peralatan yang digunakan dalam persembahan wayang bayang

UNIMASTAGE Persembahan Main Bayang Taska Unimas 3

DARI KIRI... Ulwiyah @ Heldi Mohamad Afif, Pengurus Taska UNIMAS dan Syarafina Abdullah tenaga pengajar Program Drama dan Teater

UNIMASTAGE Persembahan Main Bayang Taska Unimas 4

PERASMIAN...Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak merasmikan Taska UNIMAS

UNIMASTAGE Persembahan Main Bayang Taska Unimas 5

TASKA UNIMAS... Dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga pada 12 Mac 2016 yang lalu

UNIMASTAGE Persembahan Main Bayang Taska Unimas 6

 

 

 

 

 

 

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo