Events Calendar

Download as iCal file
800 keping foto jadi tatapan pengunjung
Thursday 11 May 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2856
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
ISO1.png

ISO2

KOTA SAMARAHAN, 11 Mei 2017 : Hampir 800 keping foto dalam pelbagai teknik dan jenis fotografi menjadi  tatapan umum dalam Pameran Fotografi ISO154 yang diadakan selama sebelas hari bermula hari ini bertempat di Galeri Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) UNIMAS.

Kompilasi foto-foto berkenaan merupakan hasil kreatif dari 154 orang pelajar tahun dua dari Program Teknologi Seni Reka FSGK UNIMAS bagi kursus fotografi digital untuk pereka (GKG2144).

Dekan FSGK, Profesor Madya Dr Wan Jamarul Imran Wan Abdullah Thani dalam ucapan perasmian memuji kerjasama yang ditunjukkan oleh para pensyarah dan pelajar dalam menjayakan pameran berkenaan.

Beliau berkata, apa yang dipelajari di dalam kelas, akan lebih bermakna jika dapat diterjemahkan pembelajaran tersebut secara nyata untuk dinikmati semua orang seperti contoh foto-foto yang cantik di pameran berkenaan.

“ Saya berharap pada masa akan datang, pameran sebegini akan menampilkan kelainan lain seperti hari ini. Ini untuk mendidik pelajar supaya lebih kreatif dan berdaya saing,” katanya lagi.

Pameran tersebut akan diadakan dalam dua bahagian iaitu pameran foto-foto diadakan sepanjang minggu ini manakala Cinemagraph screening akan diadakan sepanjang minggu depan.

ISO pula bermaksud sensor kamera dan merupakan salah satu elemen penting untuk mendapatkan penghasilan foto yang cantik dan berkualiti manakala 154 pula bermaksud jumlah pelajar yang terlibat dalam pameran berkenaan.

Antara tenaga pengajar bagi kursus GKG2144 ialah Noorhaslina Senin, Puan Maizatul Nurhuda Saadon, Dr Ahmad Azaini Abdul Manaf dan Encik Asrul Assha dan Encik Asrul Asshadi Mohamad Morni.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo