Events Calendar

Friday 05 March 2021
  • In The Media
    05 March 2021 10:00am - 05 March 2021 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    NC lawat1.jpg

     

    NClawat2NClawat3

    KOTA SAMARAHAN, 4 Mac 2021: Kira-kira 1000 orang pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan kembali ke kampus bagi menjalankan pengajian secara bersemuka pada Semester 2 2020/2021.

    Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi memberitahu 650 pelajar adalah dari Sarawak manakala 350 pelajar dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan.

    “Kita akur dengan keperluan badan-badan profesional seperti bidang perubatan dan kejuruteraan yang memerlukan mereka melakukan pengajian secara bersemuka,” sambung beliau.

    Oleh demikian, menurut Naib Canselor, dua kolej UNIMAS telah disediakan untuk pelajar-pelajar tahun akhir tersebut iaitu Kolej Cempaka sebagai pusat pengawasan bagi pelajar dari Sarawak manakala Kolej Rafflesia sebagai pusat kuarantin bagi pelajar dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan.

    Selain itu, mereka juga akan menjalani kuarantin selama 14 hari termasuk menjalani ujian pengesan COVID-19 seperti ujian calitan dalam tempoh berkenaan.

    “Pelajar-pelajar ini datang secara berperingkat-peringkat. Mereka hanya dibenarkan memulakan kuliah selepas 14 hari kuarantin dan pengawasan,” katanya.

    Beliau turut berharap pelajar-pelajar berkenaan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti mengamalkan penjarakkan fizikal, sentiasa membasuh tangan dan sebagainya.

    Antara fakulti yang memerlukan pengajian secara bersemuka bagi pelajar tahun akhir seperti Fakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Fakulti Perubatan ...





Demo