Events Calendar

Friday 08 January 2021
  • In The Media
    08 January 2021 01:00pm - 18 January 2021
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    WhatsApp Image 2021-01-07 at 2.47.59 PM (1).jpeg

     

    KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) akan bekerjasama dengan New Sarawak Tribune (NST) dan Suara Sarawak (SS) untuk meningkatkan kedudukannya di pentas global.

    Pengarah Unimas Global Profesor Madya Dr Shanti Faridah Salleh berkata, Unimas akan berusaha memainkan peranan yang lebih aktif sebagai penyedia kandungan, pengaturan yang lebih sistematik mengenai Unimas menjadi sebuah berita.

    “Justeru, Unimas akan menyediakan bahan untuk dikeluarkan dalam kolum mingguan yang fokus kepada kajian kritikal.

    “Kerjasama dengan NST dan SS dibangunkan kerana kita kenali organisasi ini cemerlang dalam pencungkilan bakat wartawan, menyediakan latihan dan bengkel berterusan termasuk dikenali kerana integriti persembahannya,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada Suara Sarawak selepas mengetuai rombongan kunjungan hormat Unimas Global di pejabat NST/ SS di sini semalam.

    Rombongan juga disertai Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik dan Pejenamaan Unimas Global Dr Erniaa Marzuki, Penyelaras Unit Media Dr Lidyana Roslan dan Penolong Pegawai Penerbitan Sarena Haidir.

    Rombongan disambut oleh Editor Eksekutif NST Rajah Murugaiah serta Editor Kanan Suara Sarawak Rohana Wahed serta beberapa editor termasuk wartawan.

    Tambah Shanti, tiba masanya untuk Unimas meningkatkan sumber yang ada dan menentukan peranan masing-masing dengan jelas supaya dapat menjalin hubungan strategik demi kepentingan bersama.

    “Saya harap kerjasama ini akan memberi kesan positif ...





Demo