Events Calendar

Monday 04 January 2021
  • In The Media
    04 January 2021 08:00am - 04 January 2021 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    BAYU Melabuhkan Tirai 2020 dengan Kejayaan di Anugerah Seni MAKUM 2019.jpg

     

    Anugerah Seni MAKUM merupakan Majlis Penganugerahan dwitahunan yang dianjurkan oleh Sekreteriat Majlis Kebudayaan Universiti – Univesiti Malaysia (MAKUM) bagi menghargai dan mengiktiraf kejayaan mahasiswa mahasiswi serta Universiti Awam yang cemerlang serta komited dalam membangunkan aktiviti kebudayaan dan kesenian.

    Anugerah Seni MAKUM 2019 telah berlangsung secara maya pada petang semalam (30 Dis 2020) dan telah dirasmikan oleh YBhg Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).  Unit Kebudayaan dan Kesenian telah menghantar beberapa pencalonan dan telah berjaya meraih beberapa anugerah utama.

    Saudara Joe anak Unus dari Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan menerima Anugerah Bonang MAKUM (Emas). Anugerah ini dianugerahkan kepada mahasiswa yang bergiat aktif serta menyerlah dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian di peringkat universiti, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Penerima juga diakui mempunyai daya kepimpinan yang terpuji sepanjang penglibatan dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian anjuran MAKUM. Manakala saudari Zanalia Natasha binti Raduan pelajar dari Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan menerima Anugerah Bonang MAKUM (Perak) bagi kategori wanita.

    Selain itu, Badan Budaya UNIMAS (BAYU) berjaya menerima Anugerah Gambang Mustika MAKUM (Perak). Anugerah ini diberikan kepada kumpulan, kelab atau persatuan yang mempunyai rekod pengurusan terbaik serta cemerlang dalam penganjuran dan penyertaan dalam aktiviti kebudayaan ...





Demo