Events Calendar

Friday 15 January 2021
  • Stories
    15 January 2021 08:00am - 15 January 2021 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Capture2.JPG

     

    SEJAK kebelakangan ini,penulis sering dijemput memberi ceramah berhubung isu gejala sosial. Oleh itu, penulis mahu berkongsi pada keluaran kali ini. Mudahan lebih ramai pembaca diluar beroleh manfaat. Usaha memandu generasi terutama generasi muda dengan cara meningkatkan kebolehan dan daya fikiran mereka dalam menghadapi cabaran masa kini dan masa hadapan dilihat masih belum mencapai tahap terbaik seiring kemajuan negara.

    Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) diharapkan melahirkan watak masyarakat Malaysia yang lebih bertanggungjawab hanya terbentuk dan memberi makna apabila orang muda diberi perhatian dan keutamaan dalam pelbagai aspek perancangan kehidupan dan pembangunan mereka kerana mereka adalah pelapis yang mewarisi kepemimpinan serta mendukung wawasan negara.

    Golongan Paling Mudah Terpengaruh

    Namun, rata-rata aktivis sosial banyak berpandangan semua pihak perlu serius dan fokus terhadap hal perancangan kehidupan dan pembangunan generasi muda hari ini. Namun, kita masih berdepan cabaran dalam bentuk lain yang melanda anak remaja kita. Gejala dan penyakit sosial seperti lumba motosikal haram, basikal lajak, hamil luar nikah, penyalahgunaan dadah, dan perbuatan yang melanggar tatasusila budaya timur kita sudah pun menular dalam kalangan remaja. Mengetahui masalah sosial sahaja tidak mencukupi, bahkan tidak berguna sekiranya ia tidak disusuli dengan cara penyelesaian dan pencegahan. Hakikatnya, setiap individu ada pilihan dan kita perlu ...





Demo